CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 790|Reply: 1

Piramid makanan untuk pesakit Long COVID

[Copy link]
Post time 24-11-2021 01:24 AM | Show all posts |Read mode
Piramid makanan untuk pesakit Long COVID


Kekurangan nutrisi menyebabkan pesakit Long COVID berisiko hidap masalah berat badan dan malnutrisi.- Foto hiasan

TUBUH pesakit yang mengalami komplikasi jangka panjang disebabkan COVID-19 atau dikenali sebagai Long COVID, berada dalam keadaan hiperkatabolik, iaitu memerlukan nutrisi lebih tinggi berbanding ketika sihat.

Jadi keperluan nutrisi mencukupi merangkumi makronutrien yang memberi tenaga iaitu karbohidrat, protein dan lemak serta mikronutrien (vitamin dan mineral) amat penting bagi memastikan penyembuhan dan pemulihan pesakit.

Pegawai Dietetik, Jabatan Dietetik dan Sajian, Hospital Tuanku Ja'afar Seremban, Lydianis Bahari, berkata kekurangan nutrisi akan menyebabkan pesakit Long COVID berdepan risiko tinggi kekurangan berat badan, malnutrisi dan kehilangan jisim otot berpanjangan atau sarcopenia.

Sarcopenia berlarutan menyebabkan otot di keseluruhan tubuh termasuk yang digunakan semasa menelan dan bernafas, terjejas sekali gus mengurangkan kualiti hidup dan keupayaan pesakit membuat aktiviti fizikal.

"Sarcopenia jika ditambah dengan inflamasi sistemik pesakit COVID-19 akan meningkatkan risiko malnutrisi. Jadi pengambilan protein dan kalori mencukupi perlu dititikberatkan bagi mengekalkan dan meningkatkan jisim otot tubuh," katanya.

Amalkan makanan seimbang

Menurut Lydianis, pemakanan sihat dan seimbang asas bagi mendapatkan makronutrien dan mikronutrien diperlukan tubuh sekali gus mengelakkan kemasukan semula pesakit ke hospital akibat kesihatan semakin merosot.

Piramid makanan boleh dijadikan panduan, selain kaedah pinggan sihat, suku-suku separuh yang mengandungi sumber karbohidrat, protein, buah dan sayuran.

"Kepelbagaian jenis makanan kunci utama mendapatkan nutrisi tambahan yang menghasilkan impak kesembuhan optimum.

"Contoh kepelbagaian buah dan sayuran dari warna berbeza setiap hari bagi membolehkan mendapat manfaat vitamin dan antioksida yang berlainan," katanya.

Namun, disebabkan simptom Long COVID, ada pesakit sukar mencapai pengambilan nutrisi sepatutnya, malah saranan asas pengambilan kuantiti makanan berpandukan pinggan sihat menjadi tugas 'mencabar'.

Ambil makanan berkalori

Antara simptom yang boleh mengganggu pengambilan makanan pesakit termasuk cepat merasa kenyang dan hilang selera makan dan deria rasa, letih, kurang tenaga, cirit-birit atau sembelit.

"Pesakit yang minum air kosong ketika makan, mudah rasa kenyang tetapi hanya sedikit kalori kerana air kosong tiada kandungan kalori dan protein.

"Jadi sediakan makanan tinggi kalori dan protein contohnya bubur nasi kosong digantikan dengan bubur campuran isi ayam. Tumis bawang, halia, bawang putih dan seleri sebelum merebus beras untuk menambah kalori dan rasa lebih enak," katanya.

Menurut Lydianis, simptom Long COVID iaitu cirit-birit dan muntah boleh menyebabkan dehidrasi, malah pesakit juga sukar menelan dan hilang selera makan.


Lydianis Bahari.

Lebih pengambilan makan berserat

Justeru, pesakit perlu mengambil cecair secukupnya bagi mengelakkan masalah klinikal berkaitan dengan dehidrasi.

"Perlu pantau kencing, jika mereka membuang air kecil setiap tiga hingga empat jam dan air kencing berwarna kuning cair. Ini menunjukkan status hidrasi yang baik.

"Bagi pesakit COVID-19 yang menghidap sakit buah pinggang dan jantung pengambilan cecair perlu dihadkan.

"Pesakit perlu merujuk kepada doktor dan pakar diet bagi membantu kawal pengambilan cecair," katanya.

Perubahan sistem pencernaan pesakit COVID-19 boleh berlaku akibat penggunaan antibiotik, kurang bergerak kerana cepat penat, pengambilan cecair dan serat, tekanan perasaan dan kesan sampingan ubat.

"Untuk itu, pengambilan serat secukupnya bagi membantu melawaskan sistem pencernaan penting selain melebihkan sumber karbohidrat bijirin penuh.

"Bagi yang cirit-birit ambil minuman isotonik atau larutan rehidrasi oral (ORS) bagi menggantikan elektrolit yang banyak hilang serta mengambil makanan tinggi kandungan serat larut seperti pisang, epal, avokado dan bijirin," katanya.

Simptom pesakit berbeza

Keadaan Long COVID untuk setiap penyakit adalah berbeza. Simptom juga pelbagai termasuk bagi mereka yang mempunyai penyakit komorbid berbeza sama ada komorbid tunggal atau kombinasi.

Meskipun pemakanan untuk setiap simptom berbeza, namun ia mempunyai matlamat utama memastikan pesakit mendapat nutrisi lengkap.

"Bagi pesakit Long COVID yang juga penghidap penyakit kronik, mereka perlu mendapatkan rawatan kesihatan susulan supaya status dan mendapatkan pelan pemakanan," katanya.


Piramid makanan boleh dijadikan panduan untuk pesakit Long COVID.- Foto hiasan

Mengenai pengambilan vitamin dan mineral yang boleh menyebabkan kemudaratan dalam proses penyembuhan pesakit COVID-19 sekiranya diambil berlebihan.

"Pengambilan makanan sihat dan seimbang adalah kunci utama dalam mendapatkan segala nutrisi diperlukan tubuh, tetapi jika pesakit gagal memenuhi keperluan nutrisi dan menunjukkan simptom kekurangan vitamin, pengambilan suplemen digalakkan.

"Sebelum sesuatu jenis makanan tambahan diambil, amalkan bacaan label di bungkusan serta rujuk dan bandingkan dengan Cadangan Pengambilan Nutrien untuk Malaysia (RNI Malaysia 2017) supaya tiada pengambilan melebihi keperluan.

"Dapatkan nasihat doktor, ahli farmasi dan pakar diet terlebih dahulu," katanya.

Menjadi tanggungjawab bersama memastikan pesakit COVID-19 mendapat rawatan dan pemakanan yang betul.

"Sokongan emosi dan kewangan juga perlu diambil kira agar akses kepada sumber makanan sentiasa ada," katanya.

INFO: Pesakit Long COVID

Elak makanan atau minuman mengandungi laktosa seperti susu, keju dan yogurt.
Boleh diambil selepas cirit-birit sembuh kerana ia adalah sumber makanan dan minuman tinggi protein
Elakkan makanan kalori dan protein yang tinggi
Minum banyak air

Sumber:https://www.bharian.com.my/hujun ... -pesakit-long-covid

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2021 04:32 PM | Show all posts
Bos saya Long Covid...mujo dah sembuh...2 kali kena kuarantin...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.566677 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list