CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 185|Reply: 1

[Perlis] Lelaki maut tercampak dari kereta

[Copy link]
Post time 24-11-2021 01:09 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki maut tercampak dari kereta
NURUL HIDAYAH HAMID | | 23 November 2021


Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Proton Perdana dinaikinya terbabas sebelum melanggar pokok di Jalan Kuala Perlis-Changlun berhampiran kilang papan pada Selasa.

ARAU - Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita cedera apabila kereta jenis Proton Perdana dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar pokok di Jalan Kuala Perlis-Changlun berhampiran kilang papan pada Selasa.


Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, dalam kejadian berlaku kira-kira jam 8.15 malam, pemandu kereta, Amirul Syawal Arshad, 29, maut di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kenderaan.


Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa yang menaiki kereta bersama penumpang, Marlisukarni Ahli, 42, datang dari arah Kuala Perlis menuju ke Bukit Kayu Hitam.


"Mangsa yang tercampak ditemui dalam parit oleh pihak bomba, manakala penumpang yang cedera telah keluar dari kereta melalui tingkap.


"Penumpang itu kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Selasa.


Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... rcampak-dari-kereta
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2021 10:01 AM | Show all posts
bila seat belt jadi hiasan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-5-2022 07:07 PM GMT+8 , Processed in 0.091164 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list