CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 393|Reply: 0

[Terengganu] 'Wheelie' di Terengganu, ditangkap di Kelantan

[Copy link]
Post time 23-11-2021 10:21 PM | Show all posts |Read mode
'Wheelie' di Terengganu, ditangkap di Kelantan

Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my



AKSI wheelie remaja lelaki yang tular di media sosial. FOTO ihsan POLIS



Kuala Terengganu: Lagak berani seorang remaja lelaki yang menunggang motosikal secara berbahaya dengan membuat aksi 'wheelie' di sekitar daerah ini termasuk Jambatan Angkat, di sini membawa padah apabila ditahan polis.



Suspek berusia 19 tahun dan bekerja sebagai buruh itu ditahan di rumahnya di Tumpat, Kelantan pada 7.05 petang semalam selepas aksinya itu dimuat naik di Facebook 'Raja Kapcai HQ pada kelmarin.



Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu Superintendan Ismail Man berkata, pihaknya sebelum itu mengesan satu rakaman video berdurasi 43 saat menunjukkan seorang lelaki menunggang motosikal jenis Honda EX5 dengan membuat aksi 'wheelie' secara berulang kali di sekitar daerah ini termasuk kawasan Jambatan Angkat.



Beliau berkata, satu laporan polis dibuat sebelum sepasukan pegawai dan anggota JSPT Terengganu dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat ke rumah suspek pada 7.05 petang semalam.



"Ketika soal siasat, suspek mengaku dia adalah penunggang motosikal yang berada di dalam rakaman video berkenaan dan motosikal yang digunakan ketika kejadian adalah milik abangnya.



"Suspek mengaku melakukan aksi itu pada 12 November lalu ketika dia bersama beberapa rakannya berkunjung ke Kuala Terengganu.



"Susulan itu, kita menahan suspek bersama motosikalnya ke IPD Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



"Bagi kesalahan itu, suspek berdepan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada M5,000 dan tidak melebihi RM15,000 jika sabit kesalahan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.



Ismail berkata, pihaknya sentiasa memantau tingkah laku pengguna jalan raya yang dikesan melanggar undang-undang.



Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menjadikan jalan raya sebagai tempat untuk membuat aksi yang bukan hanya membahayakan diri sendiri tetapi pengguna jalan raya yang lain.

Disiarkan pada: November 23, 2021 @ 8:27pm



sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 04:57 PM GMT+8 , Processed in 0.403946 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list