CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 939|Reply: 11

[Tempatan] Hangus RM50,000. Pengurus dituduh salahguna kad kredit w/pun tak ada kad kredit. Power Macau Scam

  [Copy link]
Post time 23-11-2021 05:44 PM | Show all posts |Read mode
Dedah data akaun bank, wanita hilang RM50,000
ASYIKIN ASMIN | | 23 November 2021
Ahmad Jawila

LABUAN - Tindakan seorang wanita mendedahkan data peribadi berkaitan akaun bank miliknya menyebabkannya kehilangan wang sebanyak RM50,000 selepas ditipu sindiket Macau Scam yang mengaku sebagai pegawai bank dan polis.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada Isnin apabila mangsa berusia 49 tahun menerima panggilan pada jam 1.57 petang yang memaklumkannya berhubung penggunaan kad kredit yang didakwa miliknya.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Ahmad Jawila berkata, mangsa membuat laporan pada hari yang sama kira-kira jam 9.30 malam selepas menyedari ditipu oleh sindiket berkenaan.

Katanya, menurut laporan, mangsa yang bekerja sebagai pengurus di sebuah syarikat di Patau-Patau memaklumkan menerima panggilan daripada seorang individu yang mendakwa sebagai pegawai bank.

"Individu yang mendakwa sebagai pegawai bank itu memaklumkan bahawa kad kredit atas nama mangsa mempunyai transaksi sebanyak tiga kali dengan jumlah RM15,991.

"Mangsa kemudian menafikan perkara itu dan menyatakan tidak memiliki kad kredit daripada bank berkenaan, namun mangsa diarahkan untuk membuat pengesahan bagi mengemas kini akaun banknya dan pada masa sama mangsa terus sahaja memberikan maklumat peribadinya," kata beliau ketika dihubungi pada Selasa.

Ahmad berkata, mangsa kemudian bercakap dengan seorang lagi individu lelaki yang mengaku sebagai pegawai polis berpangkat Inspektor dari Bukit Aman yang mengaku mengendalikan kes itu.

"Mangsa kemudian berasa curiga sebelum bertindak menghubungi pihak bank dan disahkan bahawa wangnya telah dipindah keluar sebanyak RM50,000.

"Sehubungan itu, mangsa membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Sebelum itu, Ahmad menasihatkan orang ramai supaya tidak mendedahkan maklumat peribadi dan kewangan melalui panggilan telefon atau di media sosial kepada individu yang tidak dikenali.

"Orang ramai boleh membuat semakan di aplikasi Check Scammers CCID jika dihubungi nombor telefon tidak dikenali bagi mengelak daripada menjadi mangsa ditipu," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2021 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
kalo dpt 'rasa' scammer yg kol..buka la video porno..bg depa dgr....
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2021 09:53 PM | Show all posts
Dah level lain cara diorang ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 04:19 AM | Show all posts
Skuau replied at 24-11-2021 03:42 PM
kalo dpt 'rasa' scammer yg kol..buka la video porno..bg depa dgr....

hahahahaha..betul la....siap la...lepas nie aku dapat kol memang aku akan buat..nice idea..hahahahahaha...lepas tu buat video TT..hahahahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 05:46 AM From the mobile phone | Show all posts
I pula dapat call dituduh buat tuntutan insurance 4 kali dalam 4 bulan.
Katanya nak siasat kenapa banyak kali tuntut. Tau pula nama dan ic i.

Dia tanya ada insurance dan ada tuntut tak. I kata takde. So macam mana ni katanya.

I kata tak pe biar i call dan check private hospital tu.  Sebab i biasa ke sana. Dia  kata boleh check dan letak phone. So funny. Ingat i ni bodoh ker apa..????
I tanya hospital mana i masuk dan kemalangan yang menimpa i.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2021 06:52 AM | Show all posts
Skuau replied at 24-11-2021 03:42 PM
kalo dpt 'rasa' scammer yg kol..buka la video porno..bg depa dgr....

Kawan aku punya cara
kalau dpt call dari scammer
dia gi tandas
tarik flash
dijamin scammer letak call tu


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2021 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak silap kes scam menjadi2 lepas berita data customer bank leak dan dijual kepada scammer.
So teorinya scammer dapat info, no.ic, baki bank yang tepat.
Orang bank je tau info yg tepat ni.
Maka mangsa pun terpedaya
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga kita semua dihindari tipu daya ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2021 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by green~tea at 26-11-2021 08:10 AM
KIM.K replied at 26-11-2021 07:11 AM
Tak silap kes scam menjadi2 lepas berita data customer bank leak dan dijual kepada scammer.
So teor ...


Depa call tu pun, semua data kita dah ada ngn dia... keje mana, no ic, nama penuh... kuajaq

Tp dulu mmg kerap kena call sbb pakai direct line.. mobile diorang tak scam sgt... ni nombor rumah pun ada masuk call tp i never pick up...

Lg satu, i notice masa i pakai maxis kerap dpt msg dari scammer.. thats why i stick to celcom for all my phone, hubby's and my son's...

Skang dah ada truecaller.. lg senang tapis
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 08:12 AM | Show all posts
Pasni dapat je call dr scammer, baca ayat kursi.
Kalau die bercakap lg lepas tu, ko sound die cakap setan kene terbakar pas dengar ayat kursi.
Pastu mengilai kuat2.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 26-11-2021 08:07 AM
Depa call tu pun, semua data kita dah ada ngn dia... keje mana, no ic, nama penuh... kuajaq

Tp du ...

Scammer call kita pakai nombor yang kita bagi bank ke?
Kan kena register one phone number dgn bank

Since diorg tau acc balance, dia tak call orang takda duit. Renyah curi petty cash. Confirm dah call pemegang balance 5 digit
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2021 11:27 AM | Show all posts
Edited by green~tea at 26-11-2021 11:46 AM
KIM.K replied at 26-11-2021 08:43 AM
Scammer call kita pakai nombor yang kita bagi bank ke?
Kan kena register one phone number dgn bank ...

yes.. my personal mobile number yang i pakai utk banking etc (non-business related)... masa scammer call my mobile tu mmg masa ada transactions yang besar (>100k)... dalam 2 minggu jugak non stop pagi petang depa call... serabut, i transfer semua baki2 tu masuk dalam other funds yang payah bawak keluar i.e. unit trust, AHB, ASB3... jangan tinggal baki banyak dalam normal savings account... even within our same banks, kita boleh split few accounts, i.e. personal savings sub account, personal current dll

i syak ada la tu orang dalam bank yang monitor the money trails... of course bukan my CRM (relationship manager) yang reveal.... my husband and i can really trust him... so simple.. i just dont pick up the call from unknown number sbb dah alang2 install truecaller tu kan.. mmg ada numbers of report "scammers" tagged dekat number yang kita unfamiliar tu...



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.113508 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list