CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 536|Reply: 0

[Perlis] Sindiket tukar lokasi untuk seludup daun ketum

[Copy link]
Post time 23-11-2021 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kerisnaga at 23-11-2021 02:34 PM

Sindiket tukar lokasi untuk seludup daun ketum

Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Superintendan Azhar Hashim (Dua dari kiri) bersama Timbalan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, Asisten Komisioner Rosman Kasman (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian daun ketum yang dirampas sepanjang penugasan Op Benteng Kawalan Sempadan Darat Malaysia-Thailand. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI



Bukit Kayu Hitam: Sindiket penyeludupan daun ketum kini menukar lokasi daripada kawasan berpagar di sempadan Malaysia-Thailand ke kawasan berbukit di Wang Kelian, Perlis untuk menyeludup daun terbabit ke negara jiran.


Taktik ini dikesan apabila anggota Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor, Perak merampas lebih empat tan daun ketum bernilai RM135,855 di sekitar Perlis, termasuk di Wang Kelian, sepanjang Op Benteng Kawalan Sempadan Darat Malaysia-Thailand bermula 24 Oktober
sehingga semalam.



Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Azhar Hashim berkata, kawalan lebih ketat di kawasan berpagar sempadan Malaysia-Thailand menyebabkan penyeludup mencari laluan lain.



Beliau berkata, walaupun kawasan itu berbukit, curam dan sebagainya, tidak mustahil sindiket sanggup melakukan apa saja cara untuk menyeludup daun ketum terbabit.



"Ini terbukti apabila kami merampas 2.5 tan daun ketum di kawasan Wang Kelian manakala setengah tan di kawasan Padang Besar dan 700 kilogram (kg) di Chuping, Perlis.



"Malah, pada 17 November lalu, kami turut merampas 18 guni daun ketum seberat 405kg ditemui dalam sebuah pondok hasil rondaan bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Batalion 2 PGA Kulim di Kuala Perlis," katanya.



Beliau berkata demikian pada sidang media di Kompleks Bangunan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) PGA di sini, hari ini.



Hadir sama Timbalan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Asisten Komisioner Rosman Kasman, Pegawai Pemerintah Unit Berkuda FRU Deputi Superintendan Nurhidayah Damanhuri serta Pasukan Gerakan Udara PDRM, Pangkalan Semenanjung diketuai Kapten Juruterbang Helikopter Superintendan Ras Nazrin Shah Abdullah.



Azhar berkata, permintaan tinggi terhadap daun ketum menyebabkan sindiket penyeludupan menggunakan pelbagai cara untuk menyeludup ke negara jiran.



Beliau berkata, taktik diguna masih sama iaitu meninggalkan guni berisi daun ketum di kawasan semak.



"Saya sudah memaklumkan kepada semua anggota yang bertugas melakukan rondaan supaya meronda di semua kawasan yang dikenal pasti sebagai lokasi panas penyeludup bagi memastikan ia tidak dibolosi.



"Bila kita leka dan tinggalkan kawasan itu, sindiket akan mencari peluang untuk melepasi kawalan kita. Namun. setakat ini memang kita kawal ketat supaya tidak dibolosi dengan mudah," katanya.



Dalam pada itu, katanya, dalam tempoh dua minggu ini juga, kegiatan penyeludupan agak berkurangan disebabkan bantuan daripada Unit Berkuda FRU, Cheras, Selangor serta Unit Udara dari Subang yang meronda di kawasan yang dikenal pasti berlaku penyeludupan.



Azhar berkata, sembilan kuda daripada Unit Berkuda turut digunakan ketika menjalankan penugasan di sempadan selain rondaan menggunakan helikopter jenis AS355.



Beliau berkata, selain itu, pihaknya turut menahan pendatang tanpa izin (Pati) yang cuba menyusup masuk ke negara ini.



Mereka terdiri daripada tiga lelaki warga Myanmar yang ditahan di kawasan Bukit Kayu Hitam, seorang lelaki dan seorang warga Thailand berusia 60 serta 45 tahun di kawasan KTM Padang Besar di Perlis.



"Selain itu, kita turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun di kawasan KTM Padang Besar kerana cuba menceroboh pagar sempadan," katanya.

Disiarkan pada: November 23, 2021 @ 2:21pm

sumber



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:04 PM GMT+8 , Processed in 0.577664 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list