CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 381|Reply: 0

[Terengganu] Kes denggi di Terengganu turun 90.1 peratus

[Copy link]
Post time 23-11-2021 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kerisnaga at 23-11-2021 01:06 PM

Kes denggi di Terengganu turun 90.1 peratus

BERNAMA



GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP



Kuala Terengganu: Jumlah kumulatif kes demam denggi di Terengganu bagi tempoh Januari hingga Sabtu lalu menunjukkan penurunan sebanyak 90.1 peratus berbanding tempoh sama pada 2020.



Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Dr Kasemani Embong berkata, sepanjang tempoh itu, hanya 37 kes demam denggi dilaporkan berbanding 374 kes tahun lalu.



"Pada tahun ini, daerah yang mempunyai bilangan kes denggi tertinggi ialah Kuala Terengganu iaitu 12 kes diikuti Hulu Terengganu, Marang dan Kuala Nerus masing-masing lima kes, Kemaman (empat kes), Besut (tiga kes) dan Dungun (tiga kes). Tiada kes demam denggi dilaporkan di Setiu.



"Setakat ini juga, tiada kes kematian denggi dilaporkan di Terengganu. Hanya dua episod wabak didaftarkan berbanding 23 episod wabak pada masa yang sama tahun lalu," katanya dalam kenyataan hari ini.



Walaupun berlaku penurunan kes denggi yang sangat ketara, Dr Kasemani berkata, jabatan tetap mempergiatkan aktiviti kawalan dan pencegahan antaranya 228 program gotong-royong yang dilaksanakan di seluruh negeri.



"Sebanyak 45,493 premis sudah dibuat semburan kabus dan 86,019 premis dibuat larvisiding (membunuh jentik-jentik).



"Selain itu, pegawai dan penguat kuasa jabatan juga telah membuat pemeriksaan terhadap 124,575 premis dan daripada jumlah itu, kami dapati 1,579 premis positif menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.



"Sehingga kini sebanyak 397 kompaun telah dibayar dengan nilai RM63,240," katanya.



Ketika ini Terengganu mula memasuki musim monsun dan terdapat beberapa kawasan yang berkemungkinan dilanda banjir yang berisiko menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes seperti lopak air dan kawasan longkang yang bertakung.



"Sehubungan itu, orang ramai perlu lebih bertanggungjawab dalam memastikan kawasan perumahan selepas banjir tidak menjadi habitat untuk nyamuk Aedes bertelur.



"Antara langkah yang perlu diambil adalah luangkan masa 10 minit setiap minggu untuk aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan Aedes serta meletakkan bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas air besar yang perlu digunakan," katanya.



Disiarkan pada: November 23, 2021 @ 12:30pm



sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:35 PM GMT+8 , Processed in 0.058322 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list