CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4612|Reply: 99

[Tempatan] MCA gesa SPRM siasat Zeti, suami berkaitan skandal 1MDB

  [Copy link]
Post time 23-11-2021 12:21 PM | Show all posts |Read mode
MCA gesa SPRM siasat Zeti, suami berkaitan skandal 1MDB
Diterbitkan:  Nov 23, 2021 12:04 PM
Dikemaskini: 12:13 PM


MCA menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan ke atas bekas gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz dan suaminya berhubung kaitan mereka dengan skandal 1MDB.
Ini susulan pendedahan SPRM pada Jumaat lalu bahawa sejumlah AS$15.4 juta dana berkaitan 1MDB yang melibatkan syarikat milik suami Zeti, Tawfiq Ayman telah dipulangkan oleh Singapura kepada kerajaan Malaysia.
“Skandal 1MDB telah menghantui rakyat Malaysia dan meninggalkan kesan besar kepada landskap politik negara.
“Akibat pelbagai spekulasi mengenai kes itu, 1MDB banyak dipersalahkan sebagai punca kejatuhan kerajaan persekutuan ketika itu yang memerintah telah selama 61 tahun.
“Justeru, adalah wajar SPRM menjalankan siasatan menyeluruh supaya rakyat dapat mengetahui cerita sebenar dan tuduhan membuta tuli terhadap individu yang tidak bersalah akan dihentikan,” kata ahli jawatankuasa pusat MCA Quek Tai Seong dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, selaku bekas gabenor BNM, Zeti harus bertanggungjawab ke atas kes 1MDB kerana dia sepatutnya tahu apa yang berlaku.

“Sudah tiba masanya pasangan itu bekerjasama dengan pihak berkuasa mengenai apa yang sebenarnya berlaku supaya siasatan lanjut dapat diteruskan.
"Walaupun sudah beberapa hari sejak media mula-mula melaporkan berita mengenai dakwaan penglibatan pasangan itu, mereka terus berdiam diri sehingga menyebabkan orang ramai membuat andaian sendiri," katanya.
Quek, yang juga setiausaha jawatankuasa perhubungan MCA negeri Pahang, menegaskan bahawa semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan proses undang-undang mesti dipatuhi untuk menentukan apa yang sebenarnya berlaku dalam kes 1MDB.
Dia berkata isu paling penting ialah mendedahkan dalang sebenar dan menuntut mereka bertanggungjawab ke atas sebarang kesalahan yang dilakukan sambil menambah setiap individu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan mengikut undang-undang.
“Kami berharap Zeti dan suaminya akan memberikan penjelasan secepat mungkin supaya siasatan lanjut dapat dijalankan,” kata Quek.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2021 12:30 PM | Show all posts
sepatutnya tak perlu ada gesaan oleh MCA atau mana2 pihak, perkara ini sudah lama didengar dan menjadi tandatanya, sepatutnya sudah menjadi tanggungjawab SPRM menyiasat dan mendedahkan kepada Umum dengan segera seperti yg dibuat oleh lain2 syarikat, individu yg melibatkan 1MDB..

sekarang menjadi tandatanya, katanya Zeti menafikan terlibat tapi kerajaan Singapura katanya memulangkan duit 1MDB yg melibatkan keluarga Zeti....jadi mana satu yang betul.
Zeti menipu ke atau kerajaan Singapura menipu atau dua2 tak tipu tapi macam mana.....rakyat nak tahu , siapa sebenarnya yg menipu , apa tindakkan yg perlu diambil oleh pihak SPRM.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2021 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
rashiman replied at 23-11-2021 12:30 PM
sepatutnya tak perlu ada gesaan oleh MCA atau mana2 pihak, perkara ini sudah lama didengar dan menja ...

Kt spore, usa semua pulangkan balik duit imdb yg peliknya kt msia habuk pun xde.....mcm xde apa2 pun kes ni.

X tau la kot2 spore & usa yg menipu saja2 je bagi duit free2 kt msia
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2021 01:26 PM | Show all posts
sape x kenai master of puppet nyaaaa...rasa2 sape
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2021 01:27 PM | Show all posts
mulianya hati orang umno

walaupon ada keraguan munasabah macam ni, umno tetap tak attack zeti aziz

tapi kamu tetap suruh pihak berkuasa yang siasat dan guna saluran yang betul

kalau puak PH, dah lama dah dorang buat meme banyak2 dan sebarkan dekat pengikut mereka yang akal singkat
betul tak betul belakang kira, asalkan dapat hasut pengikut mereka je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2021 05:05 PM | Show all posts
Firenzza replied at 23-11-2021 01:06 PM
Kt spore, usa semua pulangkan balik duit imdb yg peliknya kt msia habuk pun xde.....mcm xde apa2 p ...




kenalah disiasat, diambil tindakkan yg curi duit 1mdb kat spore, usa....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2021 05:10 PM | Show all posts
kemaruk replied at 23-11-2021 01:27 PM
mulianya hati orang umno

walaupon ada keraguan munasabah macam ni, umno tetap tak attack zeti aziz

Aiyoo ... macai totok party assobiyyah cuba politik kan isu ni , ye lah masih percaya yang 1MDB adalah fitnah PH kat pok jib

Macai totok party assobiyyah macam ko bukan mulia hati tapi korang tak tau apa terjadik

Zaman tersebut 2009 & sebelum , tak ada lagi 1MDB , yang ada adalah TIA (Terengganu Investment Authority)

Duit yang masuk ke akaun Iron Rhapsody (kepunyaan Tawfiq) adalah dari company kepunyaan Jho Low
The report said Iron Rhapsody — whose beneficial owners are Tawfiq and Ayman, according to the CAD — had received US$16.22 million (RM65.71 million) from companies/bank accounts of fugitive financier Low Taek Jho, a central figure in the 1MDB scandal, in five separate transactions.

The inflows of money into the account that occurred in 2008 and 2009 triggered suspicious transaction report (STR) alerts.

Duit tersebut adalah sebahagian RM600 mil untung dari 'bond flipping exercise' oleh Country Garden Securities Thailand and Aktis Capital Singapore arranged by AmBank (~RM5bil bond TIA) pada 2009

Country Garden Securities adalah wakil Jho Low , depa dapat bond tersebut pada discounted price & jual full value kat 'a Malaysian Government entity'
...the bonds were acquired by the two Low-linked companies at a discount and were resold at full value to a Malaysian government entity...

Berani korang macai totok party assobiyyah nak attack Zeti & laki dia? Siaplah kena saman nanti

Yang boleh kata , Dr Tawfiq kemungkinan yang mengajar si Jho Low camno nak buat untung dari bonds

Bila pok jib nak saman Wall Street Journal pasal fitnah tentang 1MDB? ... beratus hari selasa dah berlalu ... ha ha ha ha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2021 05:30 PM | Show all posts
Edited by rashiman at 23-11-2021 05:32 PM
sam1528 replied at 23-11-2021 05:10 PM
Aiyoo ... macai totok party assobiyyah cuba politik kan isu ni , ye lah masih percaya yang 1MDB ada ...

kalau tidak melibatkan duit rakyat malaysia, kenapa pulak duit itu ,singapura pulangkan...?macam mana duit rakyat malaysia boleh masuk kat akaun company org lain.  
buat apa nak saman WSJ jika WSJ pun dah tak kata itu duit 1MDB, kata duit dari derma pak arab pulak.











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2021 06:06 PM | Show all posts
Edited by sam1528 at 23-11-2021 06:34 PM
rashiman replied at 23-11-2021 05:30 PM
kalau tidak melibatkan duit rakyat malaysia, kenapa pulak duit itu ,singapura pulangkan...?macam ma ...

Duit tersebut adalah dari Cutting Edge Industries Ltd berjumlah U$15.4 million

Bukan dari Iron Rhapsody yang berjumlah U$16.22 million

Ni lagi cerita dia :
According to the MalaysiaToday expose, the money in the accounts came from Iron Rhapsody Ltd, which was established to receive money from Jho Low. The registered owners of Iron Rhapsody are allegedly Zeti’s husband and her two sons.

Tu yang MP Wong Chen mintak disiasat

Pasal apa macai totok party assobiyyah macam korang tak nak tuduh Dr Tawfiq ambil duit 1MDB & sangkut paut dengan 1MDB?

Kan dia dikatakan pemegang akaun Cutting Edge Industries?

Takut kena saman ka?

Jadik bila pok jib nak saman WSJ pasal fitnah 1MDB .... dah beratus selasa dah ni ... tak lagi saman ... ha ha ha ha
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2021 06:21 PM | Show all posts
Firenzza replied at 23-11-2021 01:06 PM
Kt spore, usa semua pulangkan balik duit imdb yg peliknya kt msia habuk pun xde.....mcm xde apa2 p ...

ofkos lah Singapore dan USA menipu.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2021 06:34 PM | Show all posts
sam1528 replied at 23-11-2021 06:06 PM
Jadik bila pok jib nak saman WSJ pasal fitnah 1MDB .... dah beratus selasa dah ni ... tak lagi saman ... ha ha ha ha

tiada keperluan lagi najib nak saman WSJ, sebab WSJ pun dah tak kata itu duit 1MDB,
duit derma dari Pak Arab.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2021 06:45 PM | Show all posts
Edited by sam1528 at 23-11-2021 06:46 PM
rashiman replied at 23-11-2021 06:34 PM
tiada keperluan lagi najib nak saman WSJ, sebab WSJ pun dah tak kata itu duit 1MDB,
duit derma dar ...

Ha ha ha ha .... he he he he

Saman ... jangan tak saman

Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan saman terhadap Wall Street Journal (WSJ) pada Selasa berhubung laporan mengaitkan beliau dalam dakwaan penyelewengan wang berjumlah RM2.6 bilion, lapor portal berita The Star Online.

Najib juga dalam kenyataan di laman Facebooknya menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bekerjasama dengan pihak asing untuk menjatuhkan beliau.

Setiausaha politik Najib, Datuk Khairun Aseh dalam kenyataannya kepada Sinar Harian pada Sabtu menegaskan laporan itu merupakan satu fitnah jahat.

Saman lagi

Najib akan saman WSJ Selasa ini. Portal Star Online juga membuat laporan yang sama. Akhbar harian dan portal berita di seluruh Malaysia melaporkan berita: Hari Selasa.

Hebat. Anak Melayu dari Pekan cukup berani bangun melawan tohmah dan fitnah media milik kaum Zionis-Anglo-Amerikan. Berita Najib akan menyaman WSJ pada hari Selasa ini cukup gempak lagi mengerunkan.

Oooppppssss ... berapa ratus selasa dah berlalu daaaa ....

Macai2 totok party assobiyyah masih percaya yang 1MDB adalah fitnah ... betul tak?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2021 07:01 PM | Show all posts
sam1528 replied at 23-11-2021 06:45 PM
Ha ha ha ha .... he he he he

Saman ... jangan tak saman

memang ada penyelewengan dlm 1MDB, itu bukan fitnah.
tapi jika rm2.6 billion yg masuk dlm acc. najib dikatakan duit 1MDB, itu fitnah kerana bank negara pun dah sahkan itu duit dari pak arab.
WSJ pun dah kata itu duit pak arab yg pada mulanya kata duit dari 1MDB , itu yg najib nak saman bila kata duit dari 1MDB.
nak kata najib seleweng duit 1MDB itu pun masih lagi dlm perbicaraan, belum tentulagi dia yg seleweng atau pihak lain....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2021 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 23-11-2021 06:21 PM
ofkos lah Singapore dan USA menipu.


Jahat sungguh s'pore & usa sbb pulangkan balik duit imdb....untung jd org baik kt msia nih
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2021 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 23-11-2021 06:21 PM
ofkos lah Singapore dan USA menipu.

Nasib baik tak petik nama dajjal
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2021 07:59 PM | Show all posts
rashiman replied at 23-11-2021 07:01 PM
memang ada penyelewengan dlm 1MDB, itu bukan fitnah.
tapi jika rm2.6 billion yg masuk dlm acc. naj ...

Haiya ... merepek pulak yang BNM konfom tentang derma tok arab
Najib said the funds were a donation from a Saudi royal.

“I wish to categorically state that this claim is false,” Zeti said in the statement, referring to Najib saying the central bank was aware of the 2.6 billion ringgit placed in his account.

“In fact, on 3 July 2015, I was called to the Prime Minister’s office. He made a request for me to issue a statement that he had done nothing wrong in his account. I informed him that I cannot issue such a statement because I did not have knowledge of transactions that had occurred in his account.”
Apa lah ko ni ....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2021 08:32 PM | Show all posts
semalam i mengikuti FB bn comms, depa temuramah Lokman adam, i terdengar dia ade sebut tentang Zety and account suaminya Taufiq Ayman ni , so , wow la ni MCA pulak nak suruh SPRM siasat, so baguslah.

i tak  sangka pulak.

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2021 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebat sungguh perancangan mereka menjatuhkan pemimpin melayu terbaik yakni ds najib

Para pemfitnah teruskan menghasut tapi jangan lupa kebenaran akan terbit jua
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2021 10:02 PM | Show all posts
Edited by sam1528 at 23-11-2021 10:04 PM

Hisssshhhh ... menurut pok jib , tak ada ... diulang ... tak ada dana yang masuk ke akaun dia
Perdana Menteri menyangkal laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa dana hampir AS$700 juta (RM2.65 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Datuk Seri Najib Tun Razak juga mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan individu di sebalik pembohongan yang dibuat termasuk oleh Sarawak Report.

Katanya, tuduhan tidak berasas itu adalah susulan keengganan beliau untuk tunduk kepada Dr Mahathir kerana tidak mahu Malaysia diperintah melalui proksi.

"Saya percaya, Tun bekerjasama dengan bangsa asing, termasuk serangan politik blog Sarawak Report yang tidak boleh dipercayai, berada di belakang pembohongan terbaharu ini.

"Biar saya jelaskan: Saya tidak pernah mengambil dana untuk kepentingan peribadi seperti yang didakwa musuh-musuh politik saya – sama ada dari 1MDB, SRC International atau entiti lain, seperti yang disahkan syarikat-syarikat ini," tulis Perdana Menteri di laman Facebooknya.
Kot2 ni semua fitnah yang dijaja oleh Tun M & disokong PH

Semua orang jeles kat pok jib yang merupakan 'amirul mukminin' untuk macai2 totok party assobiyyah

Ha ha ha ha ha .....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2021 10:05 PM | Show all posts
duit 1mdb memang tak pernah masuk dalam akaun najib pon

tukang hasut masih nak memfitnah ke

sudah2 la tu

pi mintak maaf kat najib
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:10 AM GMT+8 , Processed in 0.380120 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list