Tak dengarlah. Hang duduk dalam gua mana tu? Team hang dah menang tak kan masuk gua kot,” gurau seorang kawan yang menelefon saya beberapa hari lalu.
Dekat rumahlah, dalam gua mana pula, jawab saya.
Saya tinggal di pusat bandar raya. Ibu negeri Selangor. Tapi itulah, talian telefon agak teruk. Selalu begitu. Kalau hendak berborak panjang, lebih baik bersemukalah. Talian asyik terputus. Buat sakit hati saja.
Bayangkan, nak langgan line syarikat telco mana pun di bandar raya ini, kena tahu liputan mana yang paling baik, mudah capaiannya dan laju dalam kawasan itu. Bukankah sepatutnya di kawasan bandar semua produk telco mudah diakses?
Kawan saya itu pun turut mengadu. Katanya, internet di kawasannya juga teruk. Lebih-lebih lagi sejak kebelakangan ini. Lembab. Tak payahlah hendak bandingkan dengan kura-kura. Apatah lagi siput. Biarlah dua mahkluk ciptaan Tuhan itu saja yang pergerakannya perlahan.
“Hairan juga, duduk di Kuala Lumpur. Tak banyak pokok tinggi. Muka bumi pun taklah berbukit bukau tetapi line teruk. Ada masa tunjuk signal E terus dan signal H pula jangan cakaplah. Itu lagi kerap,” katanya.
Tak ada banyak pokok tinggi tapi ada banyak bangunan tinggi, jawab saya pula. Yang faham, fahamlah. Yang tak faham, sudah.
Pada Ogos tahun lalu, kerajaan mengumumkan inisiatif Jalinan Digital Negara (Jendela) bagi meningkatkan kualiti jalur lebar rakyat Malaysia.
Pengumuman tersebut turut membabitkan penamatan rangkaian tanpa wayar generasi ketiga (3G) secara berperingkat sehingga akhir tahun ini. Langkah ini untuk memantapkan lagi rangkaian 4G dan memperkukuhkan asas rangkaian 5G di negara ini.
Ekoran itu, syarikat telekomunikasi meminta pelanggan mereka menukar simkad 3G kepada 4G, kerana mahu memfokuskan penaiktarafan rangkaian 4G buat masa ini. Tetapi apabila ditukar, ia tetap sama. Signal E dan H itu dah biasa. Tunjuk signal 4G pun tak sampai full bar dan kalau penuh pun line masih perlahan.
“Agaknya kena tukar telefon. Tetapi beli telefon mahal-mahal liputan teruk, membazir pula,” tambah kawan saya itu.
Iyalah, saya di Shah Alam dan kawan saya itu di Kuala Lumpur. Dua kawasan bandar raya. Itu pun selalu mengalami gangguan talian dan lembab. Inikan pula yang duduk di kawasan luar bandar dan pedalaman.
Jadi tak hairanlah, ada yang sampai panjat pokok dan bukit untuk dapat liputan.
Sudah tentulah kita tidak mahu memperlekehkan usaha dan perancangan kerajaan dalam menyediakan pula rangkaian 5G. Segala penambahbaikan kita sokong dan menunggu hasilnya.
Iyalah, kita semua mahukan capaian internet yang lebih baik dan berbaloi dengan wang yang dikeluarkan untuk mendapatkan perkhidmatan ini. Jangan harga saja premium tetapi akses ke laut.
Sementelahan pula perkhidmatan ini sudah menjadi kemudahan asas yang sepatutnya dapat dinikmati oleh semua orang tak kira berpendapatan rendah atau tinggal di ceruk mana pun.
Pun begitu ia memberi satu soalan besar. Rangkaian 4G pun masih di tahap terkial-kial di luar bandar dan di beberapa kawasan dalam bandar, mahu cerita pasal 5G?
Rangkaian 5G buat permulaan akan dinikmati di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya yang dijangka hujung bulan depan.
Kenapa tidak mantapkan dulu capaian 4G di luar bandar? Orang kampung ramai yang belum merasa 4G. Mereka juga pengguna.
Lihatlah kepayahan anak-anak dan guru bila PdPR terpaksa dilakukan semasa PKP dan betapa sukarnya juga kerja-kerja usahawan online di sana yang bergantung sepenuhnya pada internet untuk menjalankan perniagaan mereka.
tentu menjadi satu cabaran besar kepada kerajaan khususnya Digital Malaysia Berhad yang membangunkan teknologi 5G itu dan syarikat pengendali telco dalam membuktikan kepada rakyat bahawa perkhidmatan internet yang baik dan efisien, akan berada di negara ini tidak lama lagi.
Sampai bila mahu terus mendengar rakyat membuat perbandingan antara kura-kura atau siput manakala syarikat telco terus mengaut keuntungan atas kepayahan pengguna?
Lajulah wahai internet untuk negara, jangan laju berpolitik saja.
PENULIS ialah Pengarang Berita Mingguan Malaysia
https://www.utusan.com.my/rencana/2021/11/4g-pun-terkial-kial/
Line telco iols teruk lepas kes fb, ig dan whatsapp down beberapa bulan lepas.
Sampai sekarang ada certain location mmg line E je.
Letih dh buat report dekat DiGi, depa kata phone iols yg bermasalah.
Utk 5G hanya DNB akan sediakan infra (Sama ada DNB pun sewa dari network provider lain atau pasang sendiri belakang cerita.Tapi agak mustahil DNB pergi korek backbone fiber sendiri dan nak rollout pada waktu singkat). Nanti tengoklah 5G mahal atau murah.
.
Harus ingat, satu menara 4G hanya boleh menampung 500 pengguna dalam radius 1km pada sesuatu masa. Kalau terlalu banyak pengguna 4G (spt 1,000 pengguna di kawasan2 bandar) pada sesuatu masa, rangkaian sesak/"network congestion" akan berlaku, spt trafik jem di lebuhraya.
....... Untuk atasi masalah begini, celco kena bina lebih banyak menara 4G = belanja kos besar.
Biasanya, panggilan pon ada "priority"/didahulukan oleh celco, berbanding dengan hantaran SMS dan layanan Data Internet. Itu sebab, video-streaming dengan mobile 4G LTE Data Internet kerap mengalami talian terputus sementara atau "temporary disconnections" = tak sesuai diguna untuk gaming(spt Mobile Legend) dan mesyuarat(spt Zoom) atas-talian = lebih sesuai guna "fixed/immobile" Fiber Internet.
....... Satu kabel Fiber menampung lebih kurang 40 pengguna sahaja, spt penghuni2 rumah teres dan kondo = kurang masaalah rangkaian sesak kerana terlalu banyak pengguna, spt di kawasan2 bandar. TM Fiber hanya perlu menambah kabel Fiber kalau terdapat terlalu banyak pengguna di satu kawasan = belanja kos tak banyak.
.
kalo kat tgh bandar pon line putus2, no wonderlah line aku yg dok kat tepi/hujung bandar cam harommm
geram betol kalo call guna line phone, sambil call xleh sambil online/ sambil scroll fb/ig etc
dah kenapa?! kalo call guna wasap plak...mmg putus2 lerrr
kalau rumah i wifi ok jek tapi yg problem line tepon ni hah.
slow gak lah tk tau nak guna ape dah heheh.
anyway mmg mxs slalu problem ke musim hujan2 ni??
almaklum lah baru guna 3 bulan nyahhh hahahahah
memang line mxs tu pronlem lah lepas ni aq pun nak tukar ke telco lain ..
sebab guna postpaid, masa beli lain ni dah lama-lama guna, jadi mahal lak ..
nak tukar prepaid lak ahh .. tapi still usha-usha
korg guna telco apa skrg yg ada pakej best2 ke apa ke? aku mcm nak try yg baru la. telco skrg aku guna ni mcm ada takde je. ingat nak guna celcom, ada yg best tak?
ye weh. aku guna dg mmg lembab ah line aku dgn topap je mahal. lpstu aku mcm fed up dah nak guna apa. prepaid apa je yg best eh skrg? lama gak cari tpi cm xde yg berkenan lagi ahh..
hahhh kannn!!! telco kat malaysia memang kena stable kan coverage dorang dulu buat lah upgrade tower memasing.
tapi ak ni sepanjang guna celcom okay jek coverage. tapi tu lah adik aku lak kesian tk kan nak guna postpaid sebab student hahaha
skrg mmg susah sikit weh nak cari telco yg betul2 kena dgn tmpt kita. sbb kadang coverage tu ada tapi congested. so mmg tak best la kita guna mcm tu kan. org nak buat kerja pun susah kalau data lembab