CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 681|Reply: 2

Pemandu Mabuk Ajak Polis Bergaduh Direman

[Copy link]
Post time 22-11-2021 11:46 PM | Show all posts |Read mode
Polis menahan seorang lelaki yang bertindak agresif menghalang tugas anggotanya ketika diperiksa kerana memandu kereta dalam pengaruh alkohol di kawasan tol Subang semalam.


Lelaki berkenaan enggan bekerjasama dan mengeluarkan kata-kata kesat selain memegang kolar baju anggota polis sebelum mengajaknya bergaduh.








Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku semalam lebih kurang pukul 1.15 pagi ketika sepasukan polis dari cawangan kereta peronda polis sedang menjalankan rondaan cegah jenayah telah cuba menahan sebuah kereta jenis Volkwagen Polo yang dipandu suspek.


Katanya, suspek dilihat memandu kenderaan menggunakan telefon bimbitnya tanpa mengendahkan arahan polis.


“Pihak polis terus cuba untuk mengarahkan suspek untuk berhenti, namun suspek enggan sehingga memaksa polis  mengikutinya sebelum kereta suspek berhenti secara mengejut di KM 2.6 jalan Lapangan Terbang Subang menghala kearah Lebuhraya Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Tambah Mohamad Fakhrudin, hasil semakan rekod lampau mendapati, suspek yang berusia 28 tahun itu mempunyai dua rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri kenderaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan ugutan jenayah.




Gambar hiasan




“Suspek ditahan serta merta dan direman selama dua hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.


“Suspek turut disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.




Sumber: MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2021 02:19 AM | Show all posts
rekod aku x bayo saman aes je
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2021 12:22 PM | Show all posts
ada geng yang suka bawak moto sambil cakap kat handphone. tak hirau pemandu, keluar simpang tak tengok kiri kanan sambil tangan kiri pegang telefon. helmet tak pakai. bisnes juta2 agaknya. bila langgar salahkan driver kereta.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:15 AM GMT+8 , Processed in 0.403333 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list