CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1650|Reply: 0

Wajib berakhlak mulia

[Copy link]
Post time 21-11-2021 09:49 PM | Show all posts |Read mode
Wajib berakhlak mulia


MENJAGA hubungan baik sesama manusia adalah suatu kewajipan.

SEMEMANGNYA menjadi kewajipan bagi mereka yang mengaku Muslim untuk berakhlak mulia. Mereka bergaul dengan masyarakat penuh lemah lembut dan bertolak ansur, pintar dan berintegriti.

Kedudukan mereka dalam kalangan masyarakat seperti bunga yang berkembang mekar, berbau harum dan halus. Mereka bersikap penyayang dan merendah diri. Ini kerana mengucapkan perkataan yang baik adalah hasil daripada akhlak terpuji manakala pengucapan perkataan buruk hasil daripada akhlak keji.

Sehubungan itu, akhlak yang baik menuntut jiwa yang pengasih dan bersikap lemah lembut. Akhlak yang jahat pula menuntut sikap benci-membenci dan saling membelakangi antara satu sama lain.

Akhlak yang baik adalah sesuatu yang tidak dapat disembunyikan kelebihannya dalam Islam. Adalah menjadi kewajipan bagi setiap individu Muslim menzahirkannya dan perbuatan seperti ini sesuatu yang dipuji Allah SWT sebagaimana pujian-Nya terhadap Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) mempunyai akhlak yang terpuji." Surah al-Qalaam ayat 4

Nabi SAW bersabda: "Kebanyakan perkara yang memasukkan manusia ke dalam syurga ialah ketakwaan kepada Allah dan mempunyai akhlak yang baik." Hadis Riwayat al-Tirmidzi

Saidina Usamah bin Zaid mengatakan: "Katakanlah kepada kami wahai Rasulullah, apakah pemberian paling baik yang diberikan Allah kepada manusia? Lalu baginda SAW bersabda: "Akhlak yang baik." Hadis Riwayat Ibn Majah

Baginda SAW bersabda lagi: "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia." Hadis Riwayat al-Bukhari

Di dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda: "Sesuatu paling berat ditimbang oleh Allah ditimbangan-Nya ialah akhlak yang baik." Hadis Riwayat al-Tirmidzi

Rasululllah SAW seorang yang merendah diri dan bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja. Baginda selalu memohon kepada Allah SWT supaya menghiaskan dirinya dengan adab yang baik dan akhlak terpuji.

Baginda selalu berdoa: "Ya Allah, Perelokkanlah rupa paras dan akhlakku." Hadis Riwayat Ahmad, Abu Ya'la, Ibn Hibban

Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW juga berdoa: "Ya Allah jauhkanlah daripadaku akhlak yang keji." Hadis Riwayat al-Tirmidzi

Lalu Allah SWT memperkenankan permintaan baginda dengan firmanNya: "Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka), Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik serta lurus." Surah al-Baqarah ayat 186

Berdasarkan ayat di atas, kita dapati Allah SWT menurunkan al-Quran kepada Rasulullah SAW dan al-Quran juga yang membentuk keperibadian baginda. Lalu akhlak Rasulullah SAW menjadi indah seperti al-Quran.

Said bin Hisyam RA mengatakan: "Saya masuk menghadap Sayyidatina Aisyah dan bertanyakannya tentang akhlak Rasulullah SAW. Lalu beliau mengatakan: "Adakah kamu membaca al-Quran? Saya menjawab: "Sudah tentu." Lalu beliau menyambung lagi: "Akhlak Rasulullah SAW adalah seperti al-Quran." Hadis Sahih

Sesungguhnya Allah SAW membentuk keperibadian Rasulullah SAW dengan al-Quran sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Terimalah apa yang mudah engkau lakukan dan suruhlah mereka dengan perkara yang baik serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya)." Surah al-Araf, ayat 199

Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kaum kerabat, melarang daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar serta kezaliman. Dia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini) supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya." Surah al-Nahl ayat 90

Firman-Nya lagi bermaksud: "Dalam pada itu (ingatlah) orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang lain terhadapnya) sesungguhnya yang demikian itu adalah daripada perkara yang perlu diambil berat (melakukannya)." Surah al-Syuura ayat 43

Firman-Nya lagi: "Oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang yang berusaha supaya baik amalannya." Surah al-Maidah ayat 13

Sebagai penentangan terhadap akhlak yang baik, Allah SWT mendatangkan larangan daripada melakukan perbuatan yang keji. Hal ini terbukti dengan banyak hadis. Sebahagian daripadanya ialah sabda Nabi SAW kepada isterinya Sayyidatina Aisyah berbunyi: "Hendaklah kamu bersikap lemah lembut dan jangan sesekali bersikap kasar serta mengucapkan perkataan yang keji." Riwayat al-Bukhari (Fath al-Bari)

Dalam hadis yang lain baginda SAW bersabda lagi: "Sesungguhnya Allah SAW tidak menyukai perkataan yang buruk dan orang yang bodoh sombong serta orang yang melaungkan perkataan keras di pasar. Mereka itu alim dalam urusan dunia, tetapi jahil dalam urusan akhirat." Riwayat al-Baihaqi

Baginda SAW bersabda lagi: "Sesungguhnya Allah SAW benci terhadap mereka yang berkata keji dan orang yang buruk akhlaknya." Riwayat Ibn Hibban

Saidina Anas bin Malik RA mengatakan: "Rasulullah SAW tidak pernah mencela dan tidak pernah melafazkan kata-kata yang buruk." Riwayat al-Bukhari (Fath al-Bari)

Kesimpulannya, umat Islam wajib mempunyai budi pekerti yang mulia sebagaimana yang dicontohkan Nabi Muhammad SAW. Mereka bersikap penyayang dan belas kasihan terhadap saudara seagama, tetapi bersikap tegas dan berhemah dengan bukan Islam serta berusaha menarik minat mereka kepada Islam. Ingatlah bahawa setiap umat Islam adalah duta kepada agama Islam. Jangan sesekali merosakkan reputasi agama dengan kelakuan kita.

Penulis Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penerbitan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Sumber:https://www.hmetro.com.my/addin/ ... jib-berakhlak-mulia

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.054131 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list