CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2706|Reply: 0

7 Spesies Haiwan Paling Berbahaya Di Dunia

[Copy link]
Post time 21-11-2021 09:42 PM | Show all posts |Read mode
Mampu Korbankan 10 Orang Dewasa, Ini 7 Spesies Haiwan Paling Berbahaya Di Dunia


Apabila berbicara mengenai haiwan berbahaya, mungkin sesetengah manusia akan menyebut binatang buas seperti buaya, harimau dan singa.

Namun begitu, tahukah anda terdapat pelbagai spesies haiwan berbeza yang mampu meragut nyawa manusia dan binatang lain.

Berikut merupakan tujuh spesies haiwan lain yang mampu membunuh manusia.

1. Kerbau Cape



Terkenal dengan nama samaran mereka yakni Black Death, kerbau Cape ini mampu membesar sehingga hampir enam kaki tinggi dengan berat yang mampu mencecah satu tan.

Meskipun berbadan besar, kerbau ini mampu untuk berlari sepantas 34 kilometer sejam. Malah, kekuatannya juga dikatakan mampu untuk meremukkan sebuah kereta.

Spesies haiwan ini mampu dijumpai di kawasan Sub-Sahara Afrika termasuk Taman Negara Kruger di Afrika Selatan. Walau bagaimanapun, binatang ini hanya tinggal sekitar 900,000 ekor sahaja diserata dunia.

2. Siput Kon



Haiwan cantik ini banyak dijumpai di perairan tropika seperti di Caribbean, Hawaii dan Indonesia. Sering berada di bahagian laut yang cetek dan berdekatan dengan terumbu karang, siput kon akan menyerang mangsanya dengan mencucuk mereka dengan durinya yang taham.

Mengandungi racun kmpleks yang dikenali sebagai conotoxin, satu sengatan daripada haiwan ini mampu melumpuhkan seorang manusia dewasa.

3. Katak emas



Turut dikenali sebagai Golden Poison Dart Frog, katak ini banyak mendiami hutan hujan di sepanjang pantai Pasifik Colombia.

Mampu membesar kepada kira-kira dua inci panjang yakni lebih kurang saiz satu klip kertas, racun yang dihasilkan katak ini sangat kuat sehingga mampu membunuh sepuluh orang dewasa.

Disebabkan hal itu, maka tidak hairanlah mengapa masyarakat orang asli mencampur racun katak ini dihujung sumpit mereka.

Malangnya, penebangan hutan telah menyebabkan katak emas ini tersenarai sebagai antara haiwan yang terancam.

4. Obor-obor kotak



Tersenarai sebagai haiwan laut yang paling berbisa di dunia, obor-obor kotak sering ditemui di kawasan perairan Indo-Pasifik.

Obor-obor kotak mempunyai lebih 15 sesungut diseluruh badan yang dipenuhi dengan beribu-ribu toksin yang boleh menyerang jantung, sistem saraf dan sel-sel kulit.

Kebanyakkan mangsa obor-obor kotak ini disengat semasa berada di dalam air. Racun haiwan ini dikatakan mampu mengakibatkan mangsanya mati akibat kegagalan jantung.

5. Ikan buntal



Ikan buntal merupakan haiwan laut kedua paling berbisa di dunia. Mempunyai racun di hampir keseluruhan badan termasuk organ dalaman, haiwan ini banyak dijumpai di kawasan laut tropika di seluruh dunia.

Walaupun ikan ini berbisa, beberapa negara seperti Jepun, China dan Taiwan menganggapnya sebagai makanan yang istimewa.

Bagi tukang masak yang mahu menyediakan hidangan berasaskan haiwan ini, mereka perlu mengambil sijil kemahiran khas kerana bukan semua individu mampu untuk membuang racun ikan ini.

Sekiranya racun ikan buntal tidak dibuang sepenuhnya, individu yang termakan hidangan ini boleh mengalami pening, muntah, kesukaran untuk bernafas selain mampu mengakibatkan kematian.

7. Black Mamba



Juga dikenali sebagai ular tedung selar, Black Mamba banyak dijumpai di kawasan berbatu di Afrika dan mampu membesar sehingga mencecah 14 kaki panjang.

Merupakan spesies ular yang paling pantas, racun daripada haiwan ini mampu meragut naywa sepuluh orang manusia dewasa hanya dalam masa 20 sehingga 30 minit.

Kesimpulannya, anda haruslah berhati-hati walau di mana anda berada untuk mengelakkan daripada kejadian yang tidak diingini.

Penulis:

• Siti Nur Raihan binti Abd Razak adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
• Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Sumber:https://iamlejen.com/mampu-korba ... dunia/#.YZpMNaJBxhE


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.050821 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list