CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4173|Reply: 8

[SEJARAH] Selain Romeo Dan Juliet, Ini 8 Kisah Cinta Legenda Yang Diingati Sepanjang Masa

  [Copy link]
Post time 21-11-2021 12:18 PM | Show all posts |Read mode
Selain Romeo Dan Juliet, Ini 8 Kisah Cinta Legenda Yang Diingati Sepanjang Masa


Cinta adalah sebuah perasaan yang aneh dan indah yang tumbuh melalui hati. Namun perasaan indah ini boleh juga bertukar menjadi tragedi yang penuh kedukaan.

Selain Romeo dan Juliet, ini adalah lapan kisah cinta yang sering diingati di dunia.

1. Cleopatra dan Mark Anthony



Kisah ini adalah berdasarkan penulisan William Shakespears. Bermula dengan episod pernikahan Cleopatra dan Mark Anthony yang dikecam hebat oleh bangsa Romawi.

Ketika sedang bertarung melawan Octavianus, Mark Anthony menerima pengkhabaran palsu yan mengatakan Cleopatra sudah mati. Dek kerana patah hati, Mark Anthony telah menikam dirinya sendiri.

Apabila berita kematian Mark Anthony sampai ke pengetahuan Cleopatra, beliau sangat berduka lalu mengambil keputusan untuk mengambil nyawanya sendiri.

2. Lancelot dan Guinevere



Berdasarkan kisah dongeng Arthurian, Sir Lancelot dan Ratu Guinevere yang merupakan isteri orang menjalinkan satu hubungan cinta terlarang. Namun begitu, percintaan mereka terbongkar apabila ia diketahui oleh orang bawahan Raja Arthur iaitu suami Ratu Guinevere.

Dek kerana murka, baginda menjatuhkan hukuman mati ke atas isterinya sendiri. Apabila pengkhabaran tentang Ratu Guinevere sampai ke pengetahuan Sir Lancelot, beliau segera mara untuk menyelamatkan cinta hatinya.

3. Odysseus dan Penelope



Selain dikenali sebagai sebuah negeri para dewa dan dewi, Yunani juga sangat terkenal dengan kisah-kisah cinta yang hebat dan agung. Salah satu daripadanya adalah kisah cinta sepasang suami isteri iaitu Odysseus dan Penelope.

Dek kerana peperangan yang melanda kaum mereka, kedua-dua pasangan ini terpaksa berpisah selama 20 tahun. Namun begitu, pasangan ini terus setia dan menunggu walau bertahun-tahun lamanya. Akhirnya, mereka hidup bahagia bersama putera mereka.

4. Layla dan Majnun



Kisah Layla dan Majnun adalah sebuah kisah cinta yang diambil daripada sebuah puisi yang terkenal. Menceritakan kisah sepasang kekasih yang bernama Layla dan Qays, hubungan mereka tidak direstui bapa Layla kerana dia tidak sukakan Qays.

Oleh itu, Qays telah pergi mengasingkan dirinya di suatu tempat sehingga masyarakat menggelarnya Majnun yakni bermakna gila.

Walaupun Layla dan Qays tidak dapat bersama semasa hidup, makam kedua-dua mereka ini dibina bersebelahan antara satu sama lain.

5. Shah Jahan dan Mumtaz Mahal



Jika melihat kecantikan bangunan Taj Mahal, sesiapa sahaja akan terpegun dengan seni rekaan dan pembinaannya. Di sebalik keindahan dan keunikan Taj Mahal, sebenarnya tersimpan sebuah kisah cinta antara Shah Jahan dan Mumtaz Mahal.

Shah Jahan membina Taj Mahal atas rasa cinta dan penghormatan dirinya ke atas isterinya Mumtaz Mahal. Namun sayang, Shah Jahan tidak dapat meneruskan kerja-kerja pembinaannya kerana dia harus masuk ke dalam benteng Merah Agra. Setelah wafat, Shah Jahan telah dimakamkan bersebelahan makam isterinya, Mumtaz Mahal.

6. Salim dan Anarkali



Kisah cinta yang sangat menyayat hati antara putera besar Kaisar Mughal Akbar iaitu Salim dan seorang wanita tuna susila yang bernama Anarkali.

Demi mendapatkan restu raja, Salim terpaksa bertarung dengan bapanya sendiri. Namun begitu, pemuda itu tewas dan dijatuhkan hukuman mati.

Walau bagaimanapun, Anarkali telah datang pada hari hukuman mati kekasihnya dan menggantikan tempat Salim. Anarkali memilih untuk memakamkan dirinya hidup-hidup di dalam dinding batu bata di hadapan lelaki yang dicintainya.

7. Marie dan Pierre Curie



Berasal dari Polandia, Pierre dan Marie merupakan ilmuwan yang bertemu satu sama lain di sebuah laboratorium di Paris, Perancis sebelum bernikah pada tahun 1895.

Dengan memiliki latar belakang sebagai seorang ilmuwan, Pierre dan Marie telah dikenali sebagai penemu bahan radioaktif. Mereka juga telah dikurniakan sijil kebesaran dan penghargaan kerana jasa dan usaha keras mereka.

Namun, pada tahun 1934, Marie telah meninggal dunia akibat penyakit leukemia yang dideritainya.

8. Tristan dan Isolde



Diceritakan bahawa Isolde adalah seorang puteri raja dari Irlandia yang sangat cantik dan telah dijodohkan oleh Raja Mark dari Cornwall. Untuk membawa Isolde ke Cornwall, Raja Mark telah memerintahkan orang bawahannya Tristan untuk mengiringi Puteri Isolde.

Namun begitu sejak pertemuan pertama Tristan dan Isolde, mereka telah jatuh cinta. Walaupun Isolde telah berkahwin dengan Raja Mark, mereka tetap melanjutkan hubungan terlarang itu sehinggalah suatu saat, Raja Mark mengetahuinya dan menghalau Tristan dari istana.

Pada suatu hari, Tristan telah jatuh sakit dan meninggal dunia. Mendengar perkhabaran itu, Isolde merasa sangat sedih dan kemurungan. Dia kemudiannya meninggal dunia kerana tidak tahan hidup di dalam kesedihan.

Kesimpulannya, kisah cinta penuh dengan episod suka dan duka. Untuk mempertahankan cinta sejati bukanlah sesuatu yang mudah dan memerlukan kesetiaan dan pengorbanan yang besar.

Penulis:

• Nurhasnim Suhaina bt Abd Hamid adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
• Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jalinan Industri, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Sumber:https://iamlejen.com/selain-rome ... -masa/#.YZnH-qJBxhE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2021 02:44 AM | Show all posts
sampai la ni iols tak tgk citer tristan dan isolde..


Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2021 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
i still remember one of my prof said, before romeo and juliet there are tristan and isolde.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 22-11-2021 02:44 AM
sampai la ni iols tak tgk citer tristan dan isolde..

Inspirasi nama id aku hahaha..tp dlm citer ni, Tristan tu macam anak angkat mark. Dan Tristan jumpa Isolde before mark and they fell in love.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 06:43 PM | Show all posts
QueenIsolde replied at 9-6-2022 09:28 AM
Inspirasi nama id aku hahaha..tp dlm citer ni, Tristan tu macam anak angkat mark. Dan Tristan jump ...

mamat tuh klakar la.. lakon citer amender tah dgn seth green ke rogen ke sapa..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
100 tahun nanti akan muncul citer charles and camilla. Nantikannnn...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2022 03:24 PM | Show all posts
yellowfish replied at 10-7-2022 09:19 AM
100 tahun nanti akan muncul citer charles and camilla. Nantikannnn...

Hahahahahahahaa itu kena tunggu dulu pengakhiran mcm mana!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 12:22 AM | Show all posts
Edited by Jungleman at 18-7-2022 12:29 AM

Jijiklah saya tengok hubungan Lancelot dan Guinevere.
Hubungan zina. Lebih baik kalau ada Wu Song untuk bunuh mereka macam dalam cerita Water Margin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2022 12:27 AM | Show all posts
Edited by Jungleman at 18-7-2022 12:30 AM

Romeo Dan Juliet dari novel fiksyen. Jadi kalau Yang Guo dan Gadis Naga dari komik Teman Pendekar Helang Sakti yang juga daripada novel disenaraikan, rasa tak salah ya? Or maybe not, sebab mereka cuma terkenal di negara Asia Timur dan Tenggara.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 11:07 PM GMT+8 , Processed in 0.070370 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list