CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2392|Reply: 0

[SEJARAH] Sejarah Ringkas KFC Dan Kedatangannya Ke Malaysia

[Copy link]
Post time 21-11-2021 11:37 AM | Show all posts |Read mode
Sejarah Ringkas KFC Dan Kedatangannya Ke Malaysia


Sekiranya anda perasan, karikatur wajah seorang lelaki veteran serba putih, bercermin mata dan memakai apron merah ini tercetak di KFC Bucket. Siapakah beliau?

Inilah pengasas Ayam Goreng Kentucky (KFC), Colonel Sanders atau lebih dikenali sebagai ‘Atuk KFC’ di Malaysia.

Bagaimana KFC Dilahirkan

Colonel Harland Sanders (1890–1980) ini melalui satu perjalanan hidup yang panjang sebelum bangunkan KFC iaitu memasak sejak usia 9 tahun, berhenti sekolah dan menyertai tentera pada usia 16 tahun dengan cara memalsukan umur.

Kemudian kerja-kerja seperti pekebun, penjual insurans dan bidan turut mewarnai resume Sanders sebelum menemui bakat terbesarnya iaitu menggoreng ayam dan buka kedai makan. Seorang gabenor sangat sukakan ayam goreng itu sehingga menganugerahkan gelaran Kentucky Colonel kepada Sanders.

Pada usia menghampiri 60-an, Sanders menghabiskan hari-harinya di restoran, pasarkan goreng ayamnya dan memasak untuk pelanggan. Beliau berpakaian serba putih bagi menyorokkan tumpahan tepung di baju dan untuk sesuaikan dengan janggut dan rambut yang memutih.



Via The Verge

Akhirnya Colonel Sanders mencapai status selebriti apabila membuka francais Ayam Goreng Kentucky ke seluruh Amerika. Kini, ia semakin berkembang dengan memiliki lebih 18,000 cawangan di 115 negara.

Datang ke Malaysia

Ayam goreng ikonik ini sampai ke Malaysia buat pertama kali pada tahun 1973 di Jalan Tunku Abdul Rahman.


Via Low Yat

Pada ketika itu, pelayan berpakaian uniform lengkap KFC akan datang mengambil pesanan dan segala-galanya siap terhidang di atas meja.


Via Low Yat

Mengikut perkongsian laman World Of Buzz, menu pada zaman 70-an dulu berbeza dan tidak banyak pilihan seperti sekarang. Misalnya mereka hanya menyediakan ayam goreng original dan belum ada spicy lagi.

Pada waktu itu, snack plate berharga sekitar RM 3.95 manakala dinner plate pula RM 4.95.

Orang ramai ketika itu memanggilnya ayam Kentucky. Panggilan “KFC” mula berleluasa pada tahun 1990-an.

Bermula dari satu kedai ini, ia berkembang kepada lebih 600 cawangan di seluruh negara.


Via Steemit





Sumber:
History, Biography, KFC, World Of Buzz

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.311896 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list