CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1689|Reply: 0

[SEJARAH] Para Penyelidik ‘Terkejut’ Apabila Mendapati Mumia Paderi Mesir Ini Hamil

[Copy link]
Post time 21-11-2021 11:24 AM | Show all posts |Read mode
Para Penyelidik ‘Terkejut’ Apabila Mendapati Mumia Paderi Mesir Ini Hamil


Para penyelidik terkejut apabila mendapati mumia yang disangka paderi lelaki ini adalah wanita yang sedang hamil tujuh bulan semasa kematiannya.

Penyelidik di Poland mengatakan bahawa ini adalah kes pertama dunia mengenai pemumiaan wanita hamil yang masih dalam keadaan yang baik.

Pada awalnya mumia itu disangka milik seorang paderi Mesir bernama Hor-dehuti mengikut inskripsi pada keranda tersebut.

Walau bagaimanapun, terdapat kes dimana mumia selalunya tidak padan dengan inskripsi pada keranda mereka akibat pencerobohan makam.

Mumia ini dipercayai berasal dari makam diraja di Thebes, Eygypt pada sekitar pada abad pertama SM dan kemudiannya berada di Poland sejak 1826.

Marzena Ozarek-Szilke, ahli antropologi di Warsaw Mummy Project berkata beliau terkejut ketika memeriksa imbasan CT mumia itu di Muzium Nasional.



“Pada awalnya kami terkejut apabila menyedari mumia itu tidak mempunyai alat sulit namun mempunyai buah dada dan rambut panjang,

Ketika saya memeriksa pelvis mumia itu, saya ternampak sesuatu seperti kaki kecil,” ujar ahli antrapologi itu.

Kemudian, beliau meminta pertolongan daripada suaminya yang juga terlibat dalam projek itu sebagai ahli arkeologi untuk melakukan pemeriksaan.

“Suami saya mengesahkan ia memang kaki. Ketika itulah baru kami sedar apa yang kami sedang lihat,” kata Ozarek-Szilke kepada Reuters.

Mumia itu dipercayai berumur antara 20-30 tahun ketika kematiannya dan tengkorak bayinya menunjukkan bahawa dia sedang hamil sekitar 26-28 minggu.

Menurut Ozarek-Szilke, punya kematian mumia hamil itu masih tidak diketahui akan tetapi, beliau berpendapat mungkin kehamilan itulah penyebabnya.

“Sekarang kita mempunyai ubat dan teknologi perubatan moden. Jika sesuatu terjadi pada kandungan, wanita itu dan bayinya masih boleh diselamatkan.

Dahulu ia mustahil,” ujar Ozarek-Szilke lagi.

Bukan itu saja, mumia ini dikatakan telah membuka lembaran baru bagi para penyelidik mengenai adat pengebumian yang berkaitan dengan kehamilan zaman purba itu.

Sumber:
CBS NEWS, Astro Awani

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.293513 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list