CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5552|Reply: 15

Hantu yang berkokok macam Ayam

[Copy link]
Post time 21-11-2021 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Hantu yang berkokok macam Ayam


Hantu berbeza mengikut kepercayaan dan juga budaya namun, setiap hantu sudah semestinya mempunyai persamaan di antara satu sama lain.

Contohnya, pontianak dan vampire, kedua-duanya mempunyai rupa yang cantik untuk mengumpan manusia dan bertukar setelah berjaya mengumpan mangsa mereka.

Pontianak Kepercayaan Iban
Digelar sebagai antu koklir, atau kulir, hantu kepercayaan Sarawak, terutama di Sarikei, ini suka berkeliaran di kawasan hutan, dusun dan kebun termasuk kawasan tepi sungai.

Walaubagaimanapun, dalam satu kisah di New Sarawak Tribune, dikatakan hantu Kulir ni mempunyai persamaan seperti Pontianak iaitu perempuan yang mati selepas bersalin.

Tidak terkejut juga kerana Pontianak ni memang dah jadi satu ikon kat Asia Tenggara, jadinya memang banyaklah hantu yang memyerupainya di setiap kepercayaan dan budaya.


Tidak Mengilai tapi Berkokok?
Kulir ini juga akan mengeluarkan bunyi ayam berkokok dan daripada bunyi tu jugaklah, terjadinya nama Koklir itu.

Kelakarkan tapi memang betul, Kulir ni akan buat bunyi ayam berkokok untuk menipu mangsa diorang bagi mereka yang tak biasa dengan kawasan itu.

Ia juga boleh dikenal pasti dengan bunyi seretan kaki ketika menghampiri mangsa diorang.

Sesiapa yang tidak berjaga-jaga ketika berada di kawasan Kulir setelah mendengar bunyi seretan kaki dengan ayam berkokok ni, memang sudah pasti akan menjadi mangsa hantu tersebut.

Kaum lelaki menjadi pilihan
Ada penduduk tempatan mengatakan yang Kulir ni boleh gegarkan pondok yang berada di kawasan dia berkeliaran kalau dia dapat tau yang ada manusia kat dalam.

Kebiasaannya, mangsa yang menjadi sasaran kulir ni adalah kaum lelaki yang masuk atau bermalam di dalam hutan, dusun dan kebun.

Kulir akan meratah mangsa-mangsa yang tidak bernasib baik bertemu atau diterjah olehnya.

Tak taulah Kulir ade kat negeri lain atau tak, mengikut apa yang telah diceritakan nampak macam Kulir ni lebih aggresif daripada Pontianak dan tidak banyak yang diketahui. Mungkin lagi elok macam tu.

Berhati-hatilah bila ada dalam hutan tu, kalau tetiba dengar bunyi ayam tu boleh lah kot lari laju-laju ke luar hutan tu.

Sumber:https://penunggu.com/asal-usul/hantu-yang-berkokok-macam-ayam/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2021 11:44 AM | Show all posts
hantu makan orang ?  huushhhhh... seram siotttt... setakat ni yg tau hantu makan orang hanya Penanggal jer itu pun sebab dia sebenarnya manusia yg tuntut ilmu salah bukan 100% hantu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2021 04:13 PM | Show all posts
lebih pd entiti fizikal ni
creature agknya

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2021 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa balik kg belah shuben last week, dlm koi 12 malam tetiba bunyi ayam berkokok. Org tua cakap, ayam berkokok tgh malam nampak malaikat katanya. Yg tmbah seram, anakku yg baru umoq 2yrs ++ tetiba cakap, mommy nak ayam. Ya rabbi, kenapa la kena tegur. Nasib takdak yg mengetuk tingkap memalam
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2021 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
baru tahu 2 fakta tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2021 11:18 PM | Show all posts
sofyayra replied at 2-12-2021 09:29 PM
Masa balik kg belah shuben last week, dlm koi 12 malam tetiba bunyi ayam berkokok. Org tua cakap, ay ...

biasa je bunyi ayam berkokok klu kat kampung2 ni
kadang2 bunyi burung hantu, bunyi benda berjalan atas atap
bunyi burung hantu tu kadang2 rasa seram jugak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2021 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Jitu replied at 2-12-2021 11:18 PM
biasa je bunyi ayam berkokok klu kat kampung2 ni
kadang2 bunyi burung hantu, bunyi benda berjalan ...

Sepanjang kat kg sbuben dulu jarang dengar ayam berkokok memalam. Yg berjalan kt atap tu selalu.

Dulu adik ipar lelaki suka tidur bukak tingkap pasal hangat katanya, pastu kata dia tertidur n mimpi benda ittew, sekali terjaga, benda tu dok ngintai kat tingkap.huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2021 12:10 AM | Show all posts
sofyayra replied at 7-12-2021 10:22 PM
Sepanjang kat kg sbuben dulu jarang dengar ayam berkokok memalam. Yg berjalan kt atap tu selalu.

...

seramnya benda mengintai ikut tingkap

sy tak pernah jumpa benda2 mcm ni cuma pernah dengar dinding kena cakar tp sy anggap kucing je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2021 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke semasa ayam jantan berkokok doa dimakbulkan sebab ada malaikat lalu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
sofyayra replied at 2-12-2021 09:29 PM
Masa balik kg belah shuben last week, dlm koi 12 malam tetiba bunyi ayam berkokok. Org tua cakap, ay ...

Masak tak ayam malam tu? Goreng kicap ke ayam masak merah?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 10:42 AM | Show all posts
walaupun aku bukan berani sangat, tapi lepas ni kalo dengar bunyi ayam berkokok tengah malam musti pk 3-4 kali
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
rumah parents haku ade ayam, itik, ayam turki mlm2 da biasa dengo bunyi ayam cakar2 tp setakat nie idok la dengo ayam berkokok tgh mlm ke haku x perasan
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2021 09:14 PM | Show all posts
nadai kalak aku ningga hantu kulir.. bak sikai gik nyak.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2021 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 10-12-2021 01:01 AM
Masak tak ayam malam tu? Goreng kicap ke ayam masak merah?

Tak kuasa la nak nengok confirm ke ayam atau ayam impostor. Takut menda lain yang dikicap n dimasak merahkan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2021 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
sofyayra replied at 11-12-2021 07:22 PM
Tak kuasa la nak nengok confirm ke ayam atau ayam impostor. Takut menda lain yang dikicap n dimasa ...

Kesian anak lapar
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2021 02:54 PM | Show all posts
masa kecik bila balik rumah panjang, sentiasalah kitorang dimomokkan dengan antu koklir ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.071003 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list