CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1334|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pemilik pusat hiburan, pengunjung dikompaun tidak patuh SOP

[Copy link]
Post time 20-11-2021 10:22 PM | Show all posts |Read mode
Pemilik pusat hiburan, pengunjung dikompaun tidak patuh SOP
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 20 November 2021


Polis menyerbu sebuah pusat hiburan di Jalan Dr Lim Chwee Leong pada malam Jumaat.

GEORGETOWN - Sebuah pusat hiburan diserbu oleh sepasukan polis dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman pada jam 10.30 malam Jumaat.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, dalam serbuan itu, 54 individu termasuk 15 warga asing berusia lingkungan 20 hingga 54 tahun telah diperiksa.


"Seramai 35 pengunjung warga tempatan yang terdiri daripada 34 lelaki dan seorang wanita dikompaun RM4,000 setiap seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di pusat hiburan tersebut.


"Penjaga premis turut dikenakan kompaun RM30,000 di atas tiga kesalahan iaitu gagal menyediakan laluan keluar masuk, menjalankan aktiviti hiburan dan gagal memastikan pelanggan menjaga penjarakan fizikal,"katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.


Menurutnya, penjaga premis tersebut turut ditahan kerana kesalahan menggaji serta melindungi warga asing.


Tambahnya, seorang pekerja lelaki dan 14 pengunjung wanita warga asing diperiksa dan ditahan untuk siasatan mengikut Akta Imigresen dan pelanggaran SOP.


"Kesemua individu yang ditangkap direman selama tiga hari sehingga 22 November untuk siasatan lanjut. Ujian saringan air kencing kesemua individu di dalam premis tersebut negatif dadah.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pelan Pemulihan Negara) 2021, Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1998, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... aun-tidak-patuh-SOP
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.056442 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list