CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1358|Reply: 1

[Kedah] Saya tidak terlibat pajakan tanah kepada Tun M: CEO LADA

[Copy link]
Post time 20-11-2021 10:19 PM | Show all posts |Read mode
Saya tidak terlibat pajakan tanah kepada Tun M: CEO LADA
ROSHILA MURNI ROSLI | | 20 November 2021


Ciapan yang tular di Twitter berkaitan pajakan tanah terbabit. Surat rasmi daripada Ketua Pegawai Eksekutif LADA yang bertarikh 11 September 2014 turut dimuat naik dalam ciapan terbabit. Gambar kecil: Nasaruddin


ALOR SETAR - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Nasaruddin Abdul Muttalib menegaskan beliau tidak terlibat dalam isu pajakan tanah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2014.


Nasaruddin berkata, beliau juga tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan pajakan tanah seluas 13 hektar terbabit memandangkan belum berkhidmat bersama LADA pada ketika itu.


"Saya tidak ada maklumat lanjut berkaitan perkara tersebut. Saya baharu sahaja bersama LADA pada tahun ini iaitu pada 20 Mei lalu," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.


Sementara itu, dalam satu ciapan yang tular di Twitter, seorang pemilik akaun mendedahkan Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi menerima pajakan berkenaan untuk tempoh 60 tahun bagi tujuan pembinaan hotel.


Pajakan itu diluluskan pada tahun 2014 ketika anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar Kedah.


Turut dimuat naik dalam ciapan itu adalah surat rasmi daripada Ketua Pegawai Eksekutif LADA yang bertarikh 11 September 2014.


Pemilik akaun terbabit juga mempersoalkan adakah pajakan berkenaan adalah manfaat yang diperoleh Mahathir bagi tempoh 22 tahun serta 22 bulan menjadi Perdana Menteri.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... pada-Tun-M-CEO-LADA
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2021 10:43 PM | Show all posts
Turut dimuat naik dalam ciapan itu adalah surat rasmi daripada Ketua Pegawai Eksekutif LADA yang bertarikh 11 September 2014.


pandainye tulis 'tawaran' tu...bukan minta ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:12 AM GMT+8 , Processed in 0.101332 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list