CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1261|Reply: 0

[Kedah] GLC Kedah diarah banteras budaya bolot projek

[Copy link]
Post time 20-11-2021 08:06 PM | Show all posts |Read mode
GLC Kedah diarah banteras budaya bolot projek

Oleh Noorazura Abdul Rahman - November 20, 2021 @ 3:27pmbhnews@bh.com.my




Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, ketika melakukan pelepasan peserta Aras Niaga Offroad Challange 2021 di Sungai Tok Pawang, Bedong di sini, hari ini.


SUNGAI PETANI: Semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini diarah membuat pembetulan dalaman supaya budaya membolot projek dalam kalangan ahli perniagaan 'besar' tidak terus subur.



Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pengurusan tertinggi GLC perlu melihat kembali kepada matlamat penubuhannya iaitu bagi membantu melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera dan bukan mewujudkan kartel.



"Apabila ada kartel, dia pula yang pegang dan bina GLC. GLC sepatutnya payung usahawan Bumiputera, bukan kartel payung GLC, ini yang jadi masalah.



"Kita tak boleh tumpukan kepada kelompok kecil sahaja, betulkan diri kita kenapa kita diwujudkan dan apa matlamat kita sebenarnya, kalau duk pusing dalam kitaran itu saja, sampai orang lain tak boleh masuk, itu sudah lari daripada matlamat penubuhan GLC," katanya.



Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Aras Niaga Offroad Challange 2021 di Sungai Tok Pawang, Bedong di sini, hari ini.



Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, penguasaan perniagaan 'besar' ini sudah menjadi budaya yang begitu lama menyebabkan beliau sendiri menamakan golongan itu sebagai kartel agar kelihatan lebih 'ganas'.



Katanya, jolokan kartel diberikannya agar pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) boleh memberi perhatian kepada budaya berkenaan.



"Saya namakan kartel supaya nampak ganas, bukan lah maksud saya kegiatan (jenayah) membahaya seperti tembak menembak, bukan itu saya maksudkan.



"Dalam perniagaan apabila kamu masuk dan lekat di situ (sehingga) orang lain tak boleh tembus...Mungkin kerana pandangan mereka sudah ada orang yang berpengalaman, untuk lebih selamat beri (projek) kepada dia saja, tak ada peluang kepada orang lain," jelas beliau.



Khamis lalu, media melaporkan Kedah akan memerangi kegiatan kartel dikuasai ahli perniagaan 'besar' yang dikesan membolot hampir semua projek di bawah GLC negeri itu.



Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, kegiatan itu perlu dibanteras seiring dengan suasana ekonomi semasa yang sudah berubah.



Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, dilaporkan berkata agensi itu sedia memberi kerjasama membanteras salah guna kuasa dan penyelewengan kontrak dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu.



Katanya, tindakan tegas boleh diambil terhadap pengurusan tertinggi GLC terbabit, sekiranya siasatan mendapati terdapat kesalahan dilakukan.










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.084160 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list