CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1317|Reply: 1

[Kedah] PPR dilengkapi kabel gentian optik

[Copy link]
Post time 20-11-2021 08:03 PM | Show all posts |Read mode
PPR dilengkapi kabel gentian optik

Oleh Hamzah Osman / 20NOV21 - November 20, 2021 @ 5:58pmbhnews@bh.com.my




Reezal Merican (kiri) ketika meninjau Projek Perumahan Rakyat Anggerik Lestari di Kuah, Langkawi. - NSTP/HAMZAH OSMAN




LANGKAWI: Projek Perumahan Rakyat (PPR) di negara ini bakal menjadi kediaman canggih apabila kerajaan merangka inisiatif memasang kabel gentian optik terus ke rumah di penempatan itu.



Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, inisiatif perintis bagi projek itu berjaya dilaksanakan di dua PPR baharu di pulau ini.



"Sebanyak 1,000 rumah PPR hampir siap di pulau ini dilengkapi kabel gentian optik, sekali gus muncul PPR pertama di negara ini mempunyai kemudahan canggih itu.



"Kita akan menjadikan PPR di Langkawi sebagai model untuk dilaksanakan di tempat lain," katanya pada sidang media selepas meninjau PPR Anggerik Lestari di Kuah di sini, hari ini.



Reezal Merican berkata, pelaksanaan inisiatif itu membolehkan penghuni menikmati kemudahan internet lebih laju memenuhi keperluan asas semasa.



Katanya, kementerian akan melihat semua 154 projek PPR dan ada antaranya diserahkan kepada kerajaan negeri untuk membolehkan pemasangan wayar dilaksanakan.



"Ada projek PPR yang kita pasang 'hotspot' menerusi program Jalinan Digital Negara (JENDELA) PPR," katanya.



Beliau berkata, kemudahan terbabit diyakini mampu memberi tahap daya huni lebih tinggi kepada penghuni PPR yang rata-ratanya mewakili golongan B40 mencari rezeki dengan berniaga secara dalam talian.



Terdahulu, Reezal Merican meninjau Loji Rawatan Termal (Insinerator) di Kampung Belanga Pechah yang selesai proses pembaikan dan bakal beroperasi semula bulan depan.



Beliau berkata, loji berkeluasan 12.73 hektar yang turut dilengkapi Rawatan Air Larut Resap (LTP) itu mampu mengendalikan 80 tan sampah sehari.










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2021 09:16 PM | Show all posts
ko pasanglah hotsepot byk2 tp kelajuan tenet ke laut...baik naikkan menara letak bendera mesia berkibar diangkasa je lahabau sgguh..

nie nk download jenuh lh tggu bulatan tu pusing2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.086568 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list