CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2664|Reply: 7

TikTok: kandungan video (content) yang berunsur negatif dan lucah-Jom ramai2 repot

[Copy link]
Post time 20-11-2021 07:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by matahari789 at 30-11-2021 04:45 PM

Saya meminta orang awam untuk repot isu TikTok pada pihak berkuasa seperti : suruhanjaya multimedia aduan : https://aduan.skmm.gov.my/
Jabatan Perdana Menteri : https://www.jpm.gov.my/ms/
Bukit Aman

PE: TikTok: kandungan video (content) yang berunsur negatif dan lucah


Saya ingin membuat aduan kepada pihak berkuasa mengenai aplikasi TikTok. Pada 2 bulan yang lepas, saya telah mendaftar akaun di aplikasi TikTok dengan tujuan untuk membuat promosi bagi produk-produk kecantikan. Walau bagaimanapun, saya mendapati bahawa terdapat penyebaran beberapa kandungan video (content) yang berunsur negatif dan lucah di dalam aplikasi TikTok tersebut. Pada pendapat saya, kandungan yang dikongsikan di platform perkongsian video itu adalah tidak sesuai atau tidak boleh diterima oleh masyarakat  Malaysia.
Berikut merupakan antara contoh ‘content’ video yang berunsurkan negatif:


•    Cikgu yang sedang mengajar dan menulis di papan tulis, sambil membuang angin (kentut).
•   
•    Seorang isteri (beragama Islam) yang sedang kentut sambil menunjukkan punggungnya kepada
•    suaminya yang sedang makan.
•   
•    3 Pekerja beragama islam  menunjukkan punggungnya sambil membuang angin(kentut)
•   
•    Perkahwinan sama jantina dan berbangga dengan tindakan mereka; aksi cium sesama jantina.
•   
•    Seorang nenek tua yang beragama Islam dengan berpakaian yang menutup aurat, namun menunjukkan aksi tarian yang kurang sopan sambil menjelirkan lidahnya.
•   
•    Wanita berpakaian seksi sehingga nampak buah dada
•   
•    Anjing dan tikus dipanggang sebagai hidangan untuk dimakan dan berapa elemen negatif yang lain.
•   
•    Ayat2 lucah seperti ‘fuck you” oleh  pramugari penerbangan kepada penumpang yang sedang keluar
•   
•    Ayat2 lucah “pundek” dan banyak lagi video yang kurang baik
•   
•    Menghidu bau ketiak- mengambil gambar alat sulit wanita-menghidu bau kentut

Namun begitu, video yang berunsurkan nilai positif seperti ceramah dari berbilang agama seperti Islam-Buddha dan Kristian  disekat pula.

TikTok merupakan aplikasi yang berasal dari negara China. Budaya di negara komunis seperti China adalah sangat berbeza berbanding dengan negara ini. Masyarakat negara China mungkin gemar dengan budaya seperti membuang angin dihadapan orang lain, makanan eksotik, dan pelbagai tindakan asing yang dianggap negatif dan tidak sesuai dengan budaya rakyat Malaysia.
                                                                          
Aplikasi TikTok ini boleh diakses oleh semua golongan usia. Sekiranya golongan berumur 17 tahun ke bawah melayari TikTok dan menonton video-video tersebut, saya berpendapat bahawa ia akan  mempengaruhi minda anak–anak dan memberi kesan buruk terhadap mereka.

Selain itu, unsur perkauman dan agama yang ditonjolkan oleh warga Bangladesh di Malaysia juga membawa kesan yang buruk. Baru-baru ini, terdapat seorang warga Bangladesh yang bekerja di Malaysia memuat naik video berkenaan isu perayaan Deepavali. Hal ini telah mengundang kemarahan kepada mereka yang beragama Hindu kerana warga Bangladesh tersebut cuba mencampuri urusan negara dan tidak memahami rukun negara negara ini. Walhal, mereka berada di Malaysia hanya atas urusan pekerjaan.

Persoalan utama saya ialah, adakah TikTok ini sebenarnya mempunyai motif untuk menyebarkan video-video negatif seperti ini lantas merosakkan minda anak-anak muda di Malaysia secara halus? Hairannya, profil akaun yang memiliki jumlah ‘likes’ dan ‘followers’ yang tinggi diberikan ganjaran yang besar. Ganjaran tersebut akhirnya menjadi penggalak untuk mereka mencipta lebih banyak video berunsurkan negatif. Maka, hasilnya hal ini akan merosakkan lagi minda anak-anak muda. Adakah perkara ini yang kita mahukan untuk generasi-generasi pada masa akan datang?

Seperti yang kita maklum, berapa negara sudah bertindak untuk menyekat akses TikTok di negara mereka. Antara negara-negara yang terlibat adalah seperti Amerika Syarikat, Pakistan, India, dan Bangladesh.

Sekiranya aplikasi TikTok ini diperhatikan dengan lebih teliti, ternyata ia memiliki lebih kesan negatif berbanding positif terhadap masyarakat; khususnya kepada generasi muda. Penggunaan TikTok setiap hari boleh menimbulkan rasa ketagih dan kesannya ternyata tidak baik kepada golongan muda. Perkara ini boleh disokong berdasarkan satu artikel yang bertajuk “Kanak-kanak bebas ‘ber-TikTok’ boleh ketagih, jadi sasaran pedofil”. Menurut artikel tersebut, “pengguna yang berusia di bawah 13 tahun boleh melihat versi TikTok yang ditapis, tetapi ada yang bimbang kanak-kanak mungkin berbohong tentang umur mereka untuk melihat kandungan yang tidak ditapis.” Berikut adalah pautan kepada artikel yang dibincangkan:
https://ismaweb.net/2021/06/01/k ... di-sasaran-pedofil/

Di sini saya lampirkan berapa ‘content’ video yang tidak sesuai bagi tontonan masyarakat Malaysia:

https://vt.tiktok.com/ZSekUoodr/


https://vt.tiktok.com/ZSekUotPe/


https://vt.tiktok.com/ZSekfApRu/


https://vt.tiktok.com/ZSekfJGMs/


https://vt.tiktok.com/ZSekfrpnf/


https://vt.tiktok.com/ZSekf6Rbw/


https://vt.tiktok.com/ZSekfYL3s/


https://vt.tiktok.com/ZSekfdAXT/


https://vt.tiktok.com/ZSekPWqSv/


https://vt.tiktok.com/ZSekPWgqp/


https://vt.tiktok.com/ZSek5xgYb/


https://vt.tiktok.com/ZSekmm5n7/


https://vt.tiktok.com/ZSekmK5cF/


https://vt.tiktok.com/ZSekuUxnX/


https://vt.tiktok.com/ZSekmo4f4/


https://vt.tiktok.com/ZSekueMHW/


https://vt.tiktok.com/ZSekuRNa2/


https://vt.tiktok.com/ZSekujmvT/


https://vt.tiktok.com/ZSekudPLK/


https://vt.tiktok.com/ZSeku8w1B/


https://vt.tiktok.com/ZSekuRV5p/


https://vt.tiktok.com/ZSekuRUkr/


https://vt.tiktok.com/ZSekurj9b/


https://vt.tiktok.com/ZSekmod15/


https://vt.tiktok.com/ZSeku8pUv/


https://vt.tiktok.com/ZSekuBcLn/


https://vt.tiktok.com/ZSekxmLKg/


https://vt.tiktok.com/ZSekxfJgA/


https://vt.tiktok.com/ZSekQJ5X4/


https://vt.tiktok.com/ZSekbJJYy/


https://vt.tiktok.com/ZSekbPYgd/



https://vt.tiktok.com/ZSekb8saA/


https://vt.tiktok.com/ZSekvPEyp/


https://vt.tiktok.com/ZSekvjyaP/


https://vt.tiktok.com/ZSeB1QMJg/


https://vt.tiktok.com/ZSeB1GrKB/


https://vt.tiktok.com/ZSeB1Q4Ks/


https://vt.tiktok.com/ZSeBdnA9k/


https://vt.tiktok.com/ZSeBRCd8v/


https://vt.tiktok.com/ZSeBRpjYy/


https://vt.tiktok.com/ZSeB8jwME/


https://vt.tiktok.com/ZSeB8Dam1/


   

Oleh yang sedemikian, saya meminta jasa baik pihak berkuasa kerajaan Malaysia untuk menyekat aplikasi TikTok ini kerana ia tidak membawa sebarang faedah kepada masyarakat di negara ini.
Saya juga dalam proses untuk membuat aduan pada negara-negara lain seperti Indonesia-Australia-New Zeland untuk sekat Tiktok.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2021 09:46 PM | Show all posts
cita2 tuan hamba amat besar...harap husnuzon..

nk tambah sikit..tiap2 app mcm tiktok nie ade rules ada SOP...selagi ikut boleh kata selamat...worldwide lg tu..(kira kalo masuk mahkamah nk saman pun kena pikior byk kali lh nk mng)

ade editor, admin yg bkn calang2 kerje 24-7 dibayar mahal(berapa duit aku xtau lh)..sbb aku kenal sorang keje admin di google shhh...

dorangnie xdenye pakai kabel2 gitu mcm kt mesia pasir berdengung nie...siap konten lucah bleh lepas yer..akupun tgk ade content yg ngeri lepas je...ade yg kena tapis permission...dll termasuk lah yg lucah...

tu je nk bgtau...bukan senang nk senang zaman2 aluminium nie bang...dgn kapitalis dok jg kerajaan bagai..

sy sokong 200% tujuan abg...
sy bg 5 ha ok x bang??

cc @lalrentaka-saje je buang 'a'


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2021 04:33 PM | Show all posts
The Dangers of TikTok That Are Worth Your Attention

https://www.rd.com/article/the-d ... rth-your-attention/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2021 04:36 PM | Show all posts
musangbodoh replied at 20-11-2021 09:46 PM
cita2 tuan hamba amat besar...harap husnuzon..

nk tambah sikit..tiap2 app mcm tiktok nie ade rules  ...

Apa kata kita ramai2 repot pada  suruhanjaya multimedia aduan
kalau ramai repot, baru pihak berkuasa  bertindak


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2021 04:41 PM | Show all posts
Merusak Kaum Muda, TikTok di-Banned Lagi Oleh Pakistan
https://www.cnbcindonesia.com/te ... -lagi-oleh-pakistan
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2021 03:49 PM | Show all posts
Kau kata tak sesuai, tapi yang kau bagi link konony asebagai bahan bukti tu sesuai la pulak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-12-2021 02:26 PM | Show all posts
ibnur replied at 1-12-2021 03:49 PM
Kau kata tak sesuai, tapi yang kau bagi link konony asebagai bahan bukti tu sesuai la pulak?

Pengumpulan bahan bukti untuk forummer repot pada pihak berkuasa

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2022 08:36 AM | Show all posts
matahari789 replied at 15-12-2021 02:26 PM
Pengumpulan bahan bukti untuk forummer repot pada pihak berkuasa

Pandai la kau punya alasan.  Boleh la jadi menteri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.064014 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list