CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1700|Reply: 4

Preity Zinta timang anak kembar guna khidmat ibu tumpangan

[Copy link]
Post time 20-11-2021 03:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 20-11-2021 03:44 PM


Preity Zinta dan suami umum timang anak kembar.

PELAKON terkenal Bollywood Preity Zinta mengejutkan para peminatnya dengan berita gembira apabila dia sudah menimang cahaya mata kembar menggunakan khidmat ibu tumpang.

Bukan itu sahaja, Preity Zinta dan suaminya Gene Goodenough juga sudah menamakan anak kembar mereka iaitu dengan nama Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough.

"Hai semua, saya ingin berkongsi berita gembira kami dengan anda semua hari ini.

"Saya dan Gene sangat gembira serta dilimpahi dengan rasa syukur dan kasih sayang bagi mengalu-alukan anak kembar kami Jai Zinta Goodenough dan Gia Zinta Goodenough ke dalam keluarga kami.

"Sangat teruja dengan fasa baru dalam hidup kami ini," katanya menerusi Instagram pada Khamis.

Bukan itu sahaja, pelakon filem Chori Chori Chupke Chupke ini turut melahirkan rasa terima kasih kepada ibu tumpang bagi kedua-dua anak kembarnya itu.

"Terima kasih yang tidak terhingga kepada doktor, jururawat dan pengganti (ibu tumpangan) kami kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan yang luar biasa ini," katanya lagi.

Sementara itu meneliti di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut melahirkan rasa teruja dan memberikan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut.

"Sangat gembira dan teruja mendengar berita hebat ini sayangku. Setinggi-tinggi tahniah dan dikirimkan kasih sayang saya kepada anda, Gene dan anak-anak," tulis aktres Shilpa Shetty.

Preity Zinta dan Gene Goodenough menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun sebelum berkahwin pada 29 Februari 2016.

Pelakon itu mengambil keputusan untuk berpindah ke Amerika Syarikat selepas berkahwi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2021 08:12 PM | Show all posts
tgk gambar ibu tumpang tu...mesti cun...xkan nk amik yg hampeh  ye dak
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2021 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
musangbodoh replied at 20-11-2021 08:12 PM
tgk gambar ibu tumpang tu...mesti cun...xkan nk amik yg hampeh  ye dak

Kalau pakai benih PZ and husband, anak tu rupa dia org lah..ibu tumpang tu hanya pinjamkan rahim utk dia kandung anak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2021 02:18 PM | Show all posts
musangbodoh replied at 20-11-2021 08:12 PM
tgk gambar ibu tumpang tu...mesti cun...xkan nk amik yg hampeh  ye dak

lolwhat              
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2021 10:24 AM | Show all posts
moden sggh indian skrg... pakai konsep ibu tumpang ae.. klau kt china salah kan.ada sorang pelakon tu kn kecam trk pakai kaedah camni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.245530 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list