CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1186|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang tambah fasiliti suntikan dos penggalak

[Copy link]
Post time 20-11-2021 12:52 PM | Show all posts |Read mode
GEORGETOWN - Kerajaan negeri Pulau Pinang bercadang menambah fasiliti suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 bagi meningkatkan lagi kadar penerimaan dalam kalangan rakyat di negeri ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, dalam usaha meningkatkan kadar suntikan sedia ada, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dalam proses mengenal pasti beberapa lagi Organisasi Penjagaan Kesihatan (HCO) membabitkan dewan-dewan bersesuaian.

Beliau berkata, sehingga Khamis, sebanyak 73 fasiliti swasta (klinik dan hospital) serta sebuah HCO beroperasi sebagai pusat pemberian suntikan dos penggalak di negeri ini.

"Kesedaran berhubung penerimaan dos penggalak perlu ditingkatkan lagi memandangkan daripada jumlah janji temu yang diberikan menerusi aplikasi MySejahtera, hanya 60 hingga 70 peratus hadir mendapatkan suntikan tersebut," katanya menerusi satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Sementara itu, berhubung trend jangkitan Covid-19 di Pulau Pinang, Kon Yeow berkata, sejak pelaporan kes harian tertinggi sebanyak 2,474 pada 8 September lalu iaitu minggu epid ke-36, kini sudah menunjukkan trend menurun.

Bagi minggu epid ke-46, katanya, julat data harian adalah di antara 220 hingga 327 kes dilaporkan.

"Sehingga 18 November (Khamis), sebanyak 327 kes baharu telah dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) JKNPP menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Pulau Pinang ialah sebanyak 149,707 kes," ujarnya.

Berhubung pelaporan kluster pula, Kon Yeow berkata, untuk minggu epid ke-46, terdapat pertambahan tiga kluster baharu dari sektor perkilangan.

Sehingga kini, katanya, terdapat sembilan kluster aktif iaitu tiga sektor perkilangan, tempat kerja (dua), institusi pendidikan (satu) dan kumpulan berisiko tinggi (tiga).

Beliau berkata, kerajaan negeri dan JKNPP sentiasa mengambil langkah berwaspada serta pemantauan lanjut bagi menghalang rantaian perebakan.

Mengulas mengenai kemudahan fasiliti perubatan di negeri ini, Kon Yeow berkata, sehingga Khamis, jumlah penggunaan katil akut untuk pesakit Covid-19 adalah sebanyak 37 peratus di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan 34 peratus Hospital Kepala Batas.

"Penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 di negeri ini ialah sebanyak 53 peratus dan semua kelengkapan sentiasa berada pada tahap siap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Bagi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC), jumlah penggunaan katil di Pusat Kecemerlangan Mara (MEC), Jawi ialah sebanyak 17 peratus, manakala PKRC Kompleks Masyarakat Penyayang diletakkan pada keadaan bersiap sedia dan bakal diaktifkan apabila diperlukan," kata beliau.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... tikan-dos-penggalak
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 07:42 AM GMT+8 , Processed in 0.056673 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list