CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1346|Reply: 0

Pengarah komunikasi Kamala Harris letak jawatan

[Copy link]
Post time 19-11-2021 09:25 PM | Show all posts |Read mode
Pengarah komunikasi Kamala Harris letak jawatan
| | 19 November 2021


Ashely Etienne


WASHINGTON - Pengarah Komunikasi Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris, Ashely Etienne akan meletak jawatan dalam pentadbiran Biden pada Disember, menurut Sputnik memetik laporan CNN.


Etienne yang menyertai pasukan Naib Presiden dan bekerja keras untuk memajukan matlamat pentadbiran Biden bakal meninggalkan pejabat itu pada Disember untuk mengejar peluang lain, laporan itu memetik seorang pegawai Rumah Putih pada Khamis.


Berita itu timbul ketika munculnya laporan akan konflik antara Harris dan Presiden Joe Biden.


Jurucakap Rumah Putih, Jen Psaki pada Ahad menafikan laporan itu, menyifatkan Harris sebagai rakan kongsi penting dan pemimpin yang berani.


Harris dalam satu temu bual berkata beliau kini tidak membincangkan rancangan mengenai Pilihan Raya Presiden 2024 bersama Biden. - Bernama



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... arris-letak-jawatan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.427218 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list