CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1148|Reply: 0

[Kedah] Contohi Kedah tidak perbaharui lesen judi

[Copy link]
Post time 19-11-2021 09:21 PM | Show all posts |Read mode
Contohi Kedah tidak perbaharui lesen judi
NURUL HIDAYAH HAMID | | 19 November 2021


Ahmad Tarmizi Sulaiman

ALOR SETAR - Negeri-negeri lain wajar mengikut jejak langkah kerajaan negeri Kedah yang tidak akan memberi kelulusan lesen premis perjudian selain mengehadkan aktiviti penjualan arak berkuatkuasa serta-merta.


Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata, semua pihak harus menyokong penuh usaha dan tindakan tegas sebagaimana diumumkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung perkara itu pada Ahad lalu.


Beliau menegaskan langkah yang diambil oleh Kedah ini dilihat dapat memberikan impak positif kepada pembangunan ekonomi keluarga dan umat Islam sekali gus dilihat mampu mengekang isu permasalahan rumah tangga yang berlaku disebabkan oleh aktiviti perjudian.


"Saya melihat dalam konteks yang lebih luas, di mana langkah ini harus diikuti dan dicontohi oleh pentadbiran kerajaan negeri-negeri lain supaya ia secara amnya dapat mencegah kemudaratan dalam kalangan masyarakat di Malaysia.


"Malah, di peringkat antarabangsa secara agresif mewartakan akta berkenaan bagi kesejahteraan penduduk dan rakyat negara tersebut selepas melihat implikasi buruk terhadap judi," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.


Sebagai contoh, Ahmad Tarmizi berkata, Utah dan Hawaii di Amaerika Syarikat telah mewartakan bahawa semua bentuk perjudian adalah haram dioperasikan sama ada secara terbuka mahupun tertutup seperti mana artikel Robert M. Jarvis berjudul 'Gambling in Hawaii and Utah' dalam 'Gaming Law Review and Economics' pada 2010.


Beliau berkata, antara contoh lain, sebarang bentuk perjudian oleh warga China termasuk perjudian dalam talian, perjudian di luar negara, membuka kasino di luar negara untuk menarik rakyat China sebagai pelanggan utama adalah haram dan akan dihukum dengan berat.


Sehubungan itu, Ahmad Tarmizi mengesa semua pihak sewajarnya berganding bahu dalam melaksanakan langkah ini secara menyeluruh dan bersepadu.


Dalam perkembangan sama, beliau mengucapkan jutaan tahniah kepada pihak kerajaan negeri yang bersatu hati dalam perkara ini seterusnya diangkat sebagai suatu usaha tegas, berani dan murni bagi membendung aktiviti yang merosakkan masyarakat sejak sekian lama.


"Kedah sememangnya sangat mengalukan sebarang perniagaan dan pelaburan di negeri ini yang menepati Syariat Allah SWT dalam usaha membangun kemakmuran ekonomi serta taraf hidup rakyat," ujarnya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... rbaharui-lesen-judi
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.049638 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list