CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1343|Reply: 0

'Azab' si gadis kecil

[Copy link]
Post time 19-11-2021 09:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kerisnaga at 19-11-2021 09:17 PM

'Azab' si gadis kecil

Agensi



DEMARCUS George. FOTO AGENSI



Washington: Dua lelaki Arkansas mengaku merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun selepas sebuah hospital mendapati mangsa menghidap pelbagai penyakit kelamin.



New York Post melaporkan, Demarcus George, 27, dan Mario Waters, 33, pada perbicaraan mahkamah persekutuan di Little Rock, minggu lalu, mengaku melakukan hubungan seksual dengan anak kecil itu.



Selain itu mereka juga terbabit dalam pemerdagangan seks membabitkan mangsa, kata pendakwa raya.



Kedua-dua lelaki itu mengaku bersalah atas konspirasi melakukan pemerdagangan seks kanak-kanak itu.



Ia sebagai sebahagian daripada perjanjian untuk pengakuan bersalah sebagai pertukaran supaya kes itu tidak dibicarakan.



Itu akan mengelakkan kanak-kanak itu daripada memberi keterangan di mahkamah.



George dan Waters dituduh selepas kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Kanak-kanak Arkansas pada Februari 2018 kerana mengalami simptom yang kemudian disahkan doktor berpunca daripada penyakit kelamin.



Budak itu memberitahu penyiasat Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) bahawa George dan Waters merogolnya di bilik hotel, kata pendakwa raya.



Sampel darah dan air kencing daripada dua lelaki itu menunjukkan kedua-duanya didapati positif jangkitan hubungan seksual (STI) yang kemudian didapati menjangkiti gadis kecil itu.



Sementara itu, penyiasat turut menemui hotel di Little Rock dipercayai lokasi kejadian berlaku.



Ia berdasarkan penerangan diberikan mangsa termasuk langsir berada di tengah-tengah bilik dan gambar tertentu tergantung di dinding.



Rekod kewangan hotel menunjukkan ibu gadis itu, yang kehilangan hak penjagaan anaknya kerana kejadian berkenaan, membayar untuk sebuah bilik dengan kad kredit pada Mac 2018.



"Jenayah dilakukan terhadap kanak-kanak ini mengingatkan kita betapa pentingnya pegawai penguat kuasa undang-undang bersedia menyiasat dan menghentikan tindakan ngeri ini.



"Pengakuan bersalah ini akan menyelamatkan mangsa muda daripada perlu menceritakan semula pengalamannya di kandang saksi perbicaraan," kata pemangku Peguam AS Jonathan D Ross dalam satu kenyataan.



Kedua-dua lelaki itu, akan berdepan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan itu.

Disiarkan pada: November 19, 2021 @ 6:30am



credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.407928 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list