CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1254|Reply: 0

[Perlis] Suami isteri selisih maut walau dihempap pokok

[Copy link]
Post time 19-11-2021 09:11 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kerisnaga at 19-11-2021 09:12 PM

Suami isteri selisih maut walau dihempap pokok

Oleh Aizat Sharif - November 19, 2021 @ 3:43pmbhnews@bh.com.my




Anggota JBPM dari Balai Padang Besar dan Arau berusaha mengeluarkan mangsa dari rimbunan pokok yang tumbang menghempap mereka di Jalan Mata Ayer-Beseri, Padang Besar. - Foto JBPM Perlis



PADANG BESAR: Sepasang suami isteri terselamat walaupun mereka dihempap pokok ketika bermotosikal di Kilometer (KM) 8 Jalan Mata Ayer-Beseri, hari ini.



Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superitendan Saifudin Aslin Abbas, berkata kejadian jam 7.45 pagi apabila mangsa, P Ravichandran, 52, dan isterinya yang belum diketahui identitinya sedang melalui jalan berkenaan.



"Mangsa dipercayai dari Pauh, Arau dan ketika melalui jalan berkenaan secara tiba-tiba sebatang pokok yang berada di bahu jalan berkenaan tumbang dan menghempap motosikal mangsa.



"Kejadian menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh dan cedera yang mana Ravichandran patah kaki kanan manakala isterinya pula cedera ringan di badan dan kaki," katanya ketika dihubungi hari ini.



Anggota JBPM dari Balai Padang Besar dan Arau berusaha mengeluarkan mangsa dari rimbunan pokok yang tumbang menghempap mereka di Jalan Mata Ayer-Beseri, Padang Besar. - Foto JBPM Perlis


Katanya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk rawatan lanjut.



Sementara itu, anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Padang Besar dan Balai Arau memotong dan mengalihkan pokok yang tumbang.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.068943 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list