CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1393|Reply: 0

AS siasat kesan Instagram terhadap kanak-kanak

[Copy link]
Post time 19-11-2021 07:56 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tari at 19-11-2021 07:58 AM

Gambar hiasan. - Foto AFP


WASHINGTON: Konsortium membabitkan beberapa negeri di Amerika Syarikat (AS) mengumumkan siasatan bersama terhadap syarikat induk Instagram, Meta.
Mereka mendakwa gergasi media sosial itu mempromosikan kandungan aplikasi yang berpotensi membahayakan golongan muda.

Instagram, yang kini bergelut dengan krisis reputasi paling serius selepas pemberi maklumat membocorkan dokumen dalaman menunjukkan eksekutif syarikat mengetahui risiko yang dihadapi itu, mendorong AS memperbaharui peraturan.

Peguam Negara Massachusetts, Maura Healey, berkata Facebook, kini Meta, gagal melindungi golongan muda yang melayari laman sesawangnya.

"Ia mengabaikan atau dalam beberapa kes, menggandakan manipulasi yang diketahui akan menimbulkan ancaman kepada kesihatan fizikal dan mental seperti mengeksploitasi kanak-kanak demi keuntungan," katanya dalam satu kenyataan.


Konsortium itu merangkumi peguam negara, penguatkuasa undang-undang dan penasihat undang-undang tertinggi negeri termasuk New York, Colorado, California, Florida, Kentucky, Nebraska, New Jersey, Tennessee dan Vermont.

Sementara itu, Peguam Negara California, Rob Bonta, berkata siasatan antara lain menyasarkan teknik Meta untuk meningkatkan kekerapan dan tempoh pembabitan oleh pengguna muda serta kemudaratan akibatnya.

"Ia datang selepas laporan mendedahkan bahawa penyelidikan dalaman Meta sendiri menunjukkan pengguna Instagram dikaitkan dengan peningkatan risiko kemudaratan kesihatan fizikal dan mental pada golongan muda, termasuk kemurungan, gangguan makan dan bunuh diri," katanya.

Sementara itu, Meta menafikan dakwaan itu dan mendakwa sudah bertindak untuk melindungi belia dalam talian.

"Tuduhan ini adalah palsu dan menunjukkan salah faham yang mendalam mengenai fakta sebenar.

"Kami terus membangunkan aplikasi baharu untuk membantu orang yang mungkin berdepan gangguan hubungan sosial atau isu penampilan fizikal.

"Antara lain, kami memperkenalkan saluran 'Take a Break' atau berehat, yang mendorong pengguna melayari kandungan internet yang lain," katanya. - AFP


November 19, 2021 @ 7:34am



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.506485 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list