CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 463|Reply: 7

[Cinta] SAKITNYA RINDU NI YA ALLAH

[Copy link]
Post time 18-11-2021 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
8/7/2021, arwah nenek aku pergi meninggalkan kami semua buat selamanya. Sakitnya rindu orang yang dah takde ni hanya Allah je tahu. Aku mengaku dulu aku selalu melawan cakap nenek aku..nenek yang jaga aku dan adik2 aku.(ibu bapa kami kerja). Dulu nenek selalu marah aku. Jadi perasaan tak suka nenek tu membuak-buak sehingga la 2 tahun terakhir sebelum nenek pergi. Masa tu nenek sakit dah tapi masih larat untuk jalan tapi perlahan(nenek hidap penyakit hati, tapi sampai dia meninggal dia tk tahu dia sakit tu sebab kami semua decided untuk tak beritahu dia).
      Aku bersyukur, 2 tahun terakhir sebelum nenek pergi, allah buka hati aku untuk hilangkan rasa tu. Allah letak rasa kasih dan sayang kat nenek aku. 2 tahun kenangan yang bahagia dengan nenek aku. Oleh kerana nenek cepat lupa, kadang2 tu dia lupa macam mana nak pakai pampers, baju, dan lain2. Tapi nenek tak nyanyuk pun. Nenek comel sangat. Walalupun ada anak beliau yang lain yang tidak balik jenguk dia. Tapi nenek masih ada anak dan cucu yang masih sayangkan dia. Sampai tua pon nenek kadang2 marah juga kat aku, tapi tak terasa dah kat hati, cuma gelak je tengok marahnya. Masa nenek ada, rasa tak sabar nak hujung minggu untuk pergi rumah nenek tengok dia. Rasa macam tengok baby.

Lepas nenek dah takde ni, kalau rindu tengok gambar dan video yang pernah dirakam, senyum sorang aku dibutnya. Aku rasa kosong. Rasa rindu sangat. Kalau dulu tengok atau dengar je orang lain rindu kat orang yang mereka sayang telah pergi selamanya. Sekarang ni aku yang rasa sendiri. Kadang tu mimpi kan nenek aku menangis dalam mimpi. Masa baru2 nenek meninggal dunia tu, aku minta sangat untuk jumpa nenek dalam mimpi aku, tapi nenek tak datang. Satu malam tu aku doa dan harap nenek datang dalam mimpi aku sekali pun cukup la, allah makbulkan doa aku. Aku sayang nenek aku, kalau la aku boleh putarkan masa ni, aku akan peluk nenek aku masa hari terakhir aku jumpa dia sebelum dia masa hospital. Tapi aku bersukur sebab aku mandikan dia untuk terakhir kali sebelum dia ke hospital. Nenek aku comel

Lega dah luahkan perasaan ni.
Sorry kalau nukilan hati ni tak sedap, tapi ni yang terbuku dalam hati. Semoga aku bertemu dengan nenek aku Maimunah binti deris di Alam sana nanti




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2021 02:30 AM | Show all posts
bykkan sedekah dan infaq ke dia

maaf...kalau ade periuk dia suka guna tu amik kita guna plak...dtg blk rindu tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2021 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Hugs.
Bertuah awk, merasa berbakti utk 2 thn terakhir nenek.
Ingat yg manis2 tau. Even marah dia skrg pun kite rase maniskan.

U make me miss my dad.
Kasar orgnye. Ayat fav dia 'hampa apa taw'

Al-fatihah utk org tua kite. Another day closer to them
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2021 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
musangbodoh replied at 19-11-2021 02:30 AM
bykkan sedekah dan infaq ke dia

maaf...kalau ade periuk dia suka guna tu amik kita guna pla ...

Nenek saya minum susu bila dah sakit..botol susu tu beli kat kedai DIY. So bila saya pergi DIY, nampak botol tu mesti akan terdetik, dulu ni la botol susu kitaorg selalu guna untuk buat susu nenek. ☺️☺️☺️. Bersyukur sebab Allah buang rasa tak suka dalam hati sebelum nenek pergi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2021 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
MrsVeneer replied at 19-11-2021 08:43 PM
Hugs.
Bertuah awk, merasa berbakti utk 2 thn terakhir nenek.
Ingat yg manis2 tau. Even marah dia sk ...

Yang buruk2 dalam hati dah takde untuk nenek. Semua kenangan yang indah. Semoga orang2 kita sayang yang telah ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman. Amin.????
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2021 07:36 PM | Show all posts
Anytime bila TT rasa rindu, tutup mata dan sedekahkan Al fatihah dan doakan arwah dipermudahkan..and put ur hand di dada masa u recite. and  u doalah yang baik baik nnt u rasa lega.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2021 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by becir at 27-11-2021 11:17 PM

Takziah TT, I baru je hilang mak..I consider myself still young tapi I sudah jadi 'orphan'..bapak I dah lama meninggal, so bila I lost my mum mmg I terasa kosong sekosongnya dlm hidup ni..first week bila bangun pagi celik je mata I terus nangis..stop, buat keje rumah etc nangis lagi. Skrg I dah stop menangis tapi fikiran I mmg ingat kat dia all the time. I penah mimpi my mum about one month after dia meninggal, I mimpi dia hidup lagi so I peluk dia nangis2 cakap I'm glad dia hidup lagi sebab I ingat dia dah meninggal..then I terjaga..mmg I terus menangis la sebab rasa sadis sgt mimpi tu..

Macam u I pun selalu gado ngan mak, tapi syukur sebulan sebelum dia pegi I selalu ada. Dia meninggal I sorang je by her side..dia dikafankan pun I kasi telekung I jugak. Kalau dapat lot sebelah dia kosong lagi I rasa nak tempah utk diri I, buat style org cina. Biar for eternity kami together.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2021 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 27-11-2021 11:12 PM
Takziah TT, I baru je hilang mak..I consider myself still young tapi I sudah jadi 'orphan'..bapak I  ...

Innalillahinnalillahiwainnailaihirojiun, takziah untuk awak juga. Ambil la masa sebanyak mana pun untuk hilangkan rasa sedih dalam hati awak. Insya allah awak boleh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan

Forum Hot Topic
Happy New Year 2022 Warga CARI!
XimHappy New Year 2022 Warga CARI!
Views : 863 Replies : 93
Dr. Aishah Yunos dedah ada  Wanita hidap ‘Vaginismus’ takut bersama suami selama enam tahun
YgBenarDr. Aishah Yunos dedah ada Wanita hidap
Views : 181 Replies : 1
Lagu cina
namemysoulLagu cina
Views : 70 Replies : 20
[ILMU MUDAH]: COFFEE (KOPI)..SELAMAT KE?
ipes2[ILMU MUDAH]: COFFEE (KOPI)..SELAMAT KE?
Views : 45181 Replies : 504
PAKAR MEMPERBAIKI MESIN BASUH, MESIN PENGERING, PETI SEJUK. PROFESSIONAL REPAIR
a开心果PAKAR MEMPERBAIKI MESIN BASUH, MESIN PEN
Views : 29786 Replies : 508
Kuin keris v60
owhgeeKuin keris v60
Views : 70662 Replies : 1990
Wanita maut digilis tren selepas ditolak lelaki kurang siuman
ultra78Wanita maut digilis tren selepas ditolak
Views : 1421 Replies : 32
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 9724 Replies : 564
Brand New Massage Chair Kerusi Urut Healthcare Zero Gravity Space Capsule
冷寂雨-紫雨Brand New Massage Chair Kerusi Urut Heal
Views : 20930 Replies : 629
[SBS/Netflix 2021] OUR BELOVED SUMMER - Choi Woo Sik, Kim Da Mi
Rahah[SBS/Netflix 2021] OUR BELOVED SUMMER -
Views : 3559 Replies : 108



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-1-2022 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.083932 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list