CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1441|Reply: 0

65 rangka manusia ditemui dalam kubur besar tersembunyi

[Copy link]
Post time 18-11-2021 09:44 PM | Show all posts |Read mode
65 rangka manusia ditemui dalam kubur besar tersembunyi

November 18, 2021 @ 6:15pm



Pegawai polis mengawal kubur rahsia yang ditemui di perbandaran Alvarado, di Veracruz. - Foto EFE





BOGOTA: Kira-kira 65 rangka manusia ditemukan dalam sebuah kubur besar yang tersembunyi di Mexico, lapor Agensi Anadolu.

Media tempatan semalam melaporkan rangka-rangka itu ditemui dalam kubur rahsia di bandar Alvarado.

Polis mengesahkan jumlah keseluruhan rangka, sambil menambah kubur itu digali di hadapan pendakwa raya dan pegawai polis.

Dianggarkan mangsa dibunuh antara 2011 dan 2012 dalam pergaduhan antara kumpulan samseng.

Barangan peribadi seperti kad bank dan maklumat pengenalan diri turut ditemui pada mayat dan punca kematian mangsa masih disiasat, tambah laporan itu.

Menurut data Suruhanjaya Pencarian Nasional Kementerian Dalam Negeri, negeri Veracruz, Sinaloa, Colima, Guerrero dan Sonora disenaraikan sebagai tempat kubur tersembunyi paling banyak ditemukan di negara itu.

Menurut laporan suruhanjaya pencarian di Mexico, 94,500 orang dilaporkan hilang di negara itu. - BERNAMA





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:26 AM GMT+8 , Processed in 0.058691 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list