CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1329|Reply: 0

[Johor] Jalan darat Malaysia, Singapura dibuka mulai 29 November

[Copy link]
Post time 18-11-2021 08:38 PM | Show all posts |Read mode
Jalan darat Malaysia, Singapura dibuka mulai 29 November
| | 18 November 2021


Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) darat melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua akan dibuka mulai 29 November ini.


KOTA TINGGI - Kerajaan negeri Johor pada Khamis mengesahkan bahawa Laluan Perjalanan Vaksin (VTL) darat melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua akan dibuka serentak dengan VTL melibatkan laluan udara antara Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 29 November ini.


Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, perjalanan darat antara Singapura dan Johor Bahru hanya merangkumi pemegang pas jangka panjang bagi mereka yang bekerja di Singapura dan juga bekerja di Johor Bahru.


“Saya ada berita baik untuk dikongsi. Kami sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan dan kerajaan Persekutuan dan negeri telah disahkan bahawa perjalanan darat akan bermula pada 29 November ini,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Four Points oleh Sheraton Desaru Hotel di sini hari ini.


Pada 8 November lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan rakan xsejawatannya, Lee Hsien Loong dalam kenyataan bersama mengumumkan individu yang sudah melengkapkan vaksinasi Covid-19 boleh berulang-alik antara Malaysia dan Singapura menerusi perjalanan udara tanpa perlu menjalani kuarantin bermula 29 November ini.


Sementara itu, Hasni berkata, tahun depan akan menjadi tahun optimis dan pertumbuhan bagi semua sektor ekonomi di Johor.


"Memandangkan sempadan antarabangsa dibuka semula secara perlahan-lahan dan pergerakan manusia tidak lagi terhad seperti sebelum ini, Johor berharap pemulihan segera kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan penurunan kadar pengangguran," katanya.


Hasni berkata, pelancaran Four Points by Sheraton Desaru Hotel akan menjadi bukti yang paling sesuai untuk apa yang akan dibawa pada 2022 ke Johor, bukan sahaja untuk sektor pelancongan tetapi juga untuk ekonomi secara amnya.


Beliau menambah Johor adalah tempat yang tepat bagi sektor swasta untuk menganjurkan acara sukan dan riadah antarabangsa kerana kedudukannya yang ideal dengan Singapura, kesalinghubungan dan infrastruktur. - Bernama



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... a-mulai-29-November
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.056358 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list