CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7576|Reply: 86

[Tempatan] Banjir: Bina rumah bertiang di tepi sungai, titah Al-Sultan Abdullah

  [Copy link]
Post time 18-11-2021 06:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 18-11-2021 02:52 AM

Banjir: Bina rumah bertiang di tepi sungai, titah Al-Sultan AbdullahBernama
November 18, 2021 09:37 MYT





Seri Paduka Baginda bertitah reka bentuk rumah bertiang itu juga merupakan antara langkah keselamatan sekiranya berlaku musibah banjir. - Gambar/ Bernama

TEMERLOH: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah supaya reka bentuk rumah bertiang dijadikan contoh pembinaan kediaman di tepi sungai pada masa akan datang.
Baginda bertitah reka bentuk rumah bertiang itu juga merupakan antara langkah keselamatan sekiranya berlaku musibah banjir.

"...dan ini (pembinaan rumah bertiang) memudahkan (penduduk) jika musim banjir berlaku, di mana ia lebih selamat.

"Jadi mana-mana rumah yang nak dibina di tepi Sungai Pahang perlu mengambil kira ketinggian dan ia dapat menjadi contoh kepada rumah-rumah yang terdapat di persekitaran di tepi-tepi sungai ini," titah baginda.
ketibaan baginda pada pukul 11.30 pagi diiringi anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah.


Seri Paduka bertitah demikian selepas mendengar sembah taklimat rumah tersebut daripada Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang Ir Hafizah Zakaria pada majlis penyerahan kunci rumah kurniaan Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) kepada seorang penerima di Kampung Lompat di sini hari ini.

Terdahulu, ketibaan baginda pada pukul 11.30 pagi diiringi anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah.
Al-Sultan Abdullah mengucapkan tahniah kepada penerima rumah berkenaan dan menitahkan supaya mereka menjaganya dengan baik.

Seri Paduka kemudiannya meluangkan masa beramah mesra dengan penerima kediaman itu yang rumah mereka sebelum ini rosak teruk ketika banjir buruk melanda Pahang, awal tahun ini.

Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan sumbangan sebelum meninjau rumah setingkat bertiang berkeluasan 960 kaki persegi yang mempunyai ruang makan, tiga bilik, tiga bilik air selain lengkap serba-serbi disertakan perabot termasuk set bilik tidur.

Seri Paduka turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada dua lagi penerima di dua kampung iaitu di Kampung Pangsenam dan Kampung Tanjung Pasir di sini pada sebelah petang ini.

Sementara itu, ibu tunggal Siti Rokiah Zainal Abidin, 51, yang menetap di Kampung Lompat di sini, sejak 50 tahun lepas berkata beliau yang tinggal bersama ibunya Ramlah Hitam, 81, tidak menjangka menerima kurniaan setelah rumah pusaka itu rosak teruk dilanda banjir awal tahun lepas.

"Emak sayalah orang yang paling gembira hari ini kerana dia memang tak sangka dalam umurnya macam ini akan terima kurniaan kediaman yang sangat selesa.
"Menjunjung kasih Seri Paduka Tuanku di atas pengurniaan rumah selesa ini," kata ibu kepada dua anak itu.

Sebelum ini, kediaman Siti Rokiah yang berdekatan dengan Sungai Pahang itu mendap dan sebahagiannya roboh ketika musibah banjir tersebut


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2021 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
kalo org tua susah la nk kene panjat tngga nk masuk umah
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 06:47 PM | Show all posts
Nanti bawah tu naik dinding jadi rumah satu lagi.

Tapi make sure ada beam la.

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 06:50 PM | Show all posts
Jgn lupa buatlah laluan landai agar orang2 yg berkerusi roda masih boleh dibawa turun naik. Lagi baik jgn buat rumah kat tepi sungai.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 06:59 PM | Show all posts
buat jah mcm rumah weols Melanau zaman dulu2... tiang tinggi dlm 10 meter gitu, dgn kayu belian.

bukan saja tahan lasak ketika banjir semula jadi ataupun yg akibat aktiviti manusia.

malah ko boleh beraksi ala2 citer home alone dgn menyiram air panas ke atas penyamun yg cuba naik rumah

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-11-2021 07:05 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 18-11-2021 03:06 AM
nolya replied at 18-11-2021 02:50 AM
Jgn lupa buatlah laluan landai agar orang2 yg berkerusi roda masih boleh dibawa turun naik. Lagi bai ...

Buat seperti ini..... kereta pun tak musnah akibat banjir.  



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2021 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
100 tahun dulu orang tua2 dah tau kaedah ni...sekarang masing2 nak rumah rendah..tak lawo katenyeeee rumah tinggi.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 18-11-2021 06:59 PM
buat jah mcm rumah weols Melanau zaman dulu2... tiang tinggi dlm 10 meter gitu, dgn kayu belian.

bu ...

Belian tu umpama berlian - mahal namampus dah sekarang. Kecuali sanggup pi tebang sundri kat hutan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2021 07:20 PM | Show all posts
chazey replied at 18-11-2021 07:07 PM
Belian tu umpama berlian - mahal namampus dah sekarang. Kecuali sanggup pi tebang sundri kat hutan ...

ooppss... ha'ah kan, lupa. maklumlah dah biasa dikelilingi dgn binaan kayu belian

tingat org kpg ai kalau tengok peha jenis besar gedabak, dipanggil peha belian
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 07:23 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 18-11-2021 07:05 PM
Buat seperti ini..... kereta pun tak musnah akibat banjir.

nmpk lawa ni ... bape bajet agaknya ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 07:27 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 18-11-2021 07:05 PM
Buat seperti ini..... kereta pun tak musnah akibat banjir.

Ha ah. bagus juge idea begitu. Cuma yg bekerusi roda tu jauh jugalah kena keliling pusing, kira2 kena ada pintu samping.  Kalu tak kena lalu dapur dululah ye. So tak heranlah kalau rumah2 yg kat tepi sungai di kaw trs, pesen taman perumahn serupa mcm tu. Kalau ada nak2 nak main air, duduk je kat lelandai tu. Seronoknya budak2.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 18-11-2021 07:05 PM
Buat seperti ini..... kereta pun tak musnah akibat banjir.

Pernah nampak design ni di FB. Design dari Thailand jika tak silap.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 18-11-2021 07:20 PM
ooppss... ha'ah kan, lupa. maklumlah dah biasa dikelilingi dgn binaan kayu belian

tingat org  ...


Sekarang ni, jutawan ja kot can afford buat rumah guna belian gred AAA pacak sebijik2 macam rumah Melanau tu.

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
best jgk rumah jenis panjang dan tinggi gini..kt bwh tu blh la buat gazebo..acik2 blh membwg siang2
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 08:05 PM | Show all posts
lutut melayu takleh tahan dah sekarang. kalau dulu2 ye la diaorg banyak guna tenaga fizikal, setakat naik turun tangga tu tak kisah lah. kalau melayu sekarang? nak pegi makan shellout cheese leleh pun nak kena parking betul2 depan kedai, buka pintu je terus masuk lah. mana nak tahan lutut kalau tak pernah digunapakai
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 08:45 PM | Show all posts
memang rumah ni adalah rumah asal orang orang di nusantara... bukannya rumah batu fefeelinggg negara eropah tapi deco dan warna serta interior hauk sehaukk kuil mariamam...

leluhur2 nusantara dan orang melayu ke jowo yindu ke srivijayan ke memang dah lama buat rumah tinggi2 sebab deorang tahu tanah2 nusantara ni akan kena monsoon tiap2 tahun...

rumah tiang tinggi tu lagi praktikal... pagi2 panas turun lepak makan di bawah... malam2 sejuk duduk  tingkat atas...

kalau rumah batu... pagi pun panas... tengahari pun panas... malam pun panas... kena pasang aircond pulak satu kerja tapi tu pun belum tentu sejuk satu rumah... lepastu mandi pulak hot spring memanjang.. choii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2021 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 18-11-2021 06:47 PM
Nanti bawah tu naik dinding jadi rumah satu lagi.

Tapi make sure ada beam la.

Nanti jiman boleh dok bawah itewww atau sewakan kasim selamat saxophonist buta

Kahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Jaman dulu pun smua buat rumah atas pastu jaman ni renovate jadi rumah batu ground level.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 18-11-2021 08:45 PM
memang rumah ni adalah rumah asal orang orang di nusantara... bukannya rumah batu fefeelinggg negara ...

Sebab tu kita perlukan sisip angin/ louvres tapi bimbang pulak takut binatang mencelah masuk.

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Perlu revise design rumah batu zmn sekarang untuk kurangkan panas dlm rumah supaya tak bergantung dgn aircond siang malam.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.076329 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list