CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2020|Reply: 7

Achey Kongsi Pandangan Isu Pengharaman Jual Motosikal ‘Kapcai’

  [Copy link]
Post time 17-11-2021 09:31 PM | Show all posts |Read mode
Achey Kongsi Pandangan Isu Pengharaman Jual Motosikal ‘Kapcai’



Tular mengenai isu pengharaman jualan motosikal jenis “kapcai” baru-baru ini, pelawak terkenal tanah air Achey Bocey berkongsi pandangannya mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan itu.

Haramkan Begitu Saja? – Achey

Melihat pandangan yang dikeluarkan oleh pakar perancang pengangkutan yang menyifatkan motosikal “kapcai” sebagai punca berlakunya banyak kematian, membuatkan pelawak terkenal ini berkongsi pandangannya terhadap hal tersebut.

Menurut Achey, jika motosikal “kapcai” diharamkan begitu sahaja maka apa yang perlu pemilik motosikal sedia ada perlu lakukan sedangkan ramai yang menggunakan motosikal seperti itu di Malaysia.

Selain itu, Achey juga berseloroh dengan mengatakan jika motosikal “kapcai” boleh di trade-in dengan motosikal yang lain seperti Ducati okay juga.




“Hmmm CUBAAN YANG BAIK……

Haramkan gitu je?….

Takda bayau-bayau apa ke?…..

Pastu moto yang sedia ada ni?…..

Kalau kapcai tu boleh trade in Ducati boleh jee….

Penuh superbike laa umah aku ni kalau boleh trade in..” Luah Achey


Netizen Kongsi Pandangan Bercampur-Baur

Melihat hantaran di Instagram pelawak terkenal itu membuatkan orang ramai berkongsi pandangan mereka, diruangan komen posting berkenaan tentang isu tersebut.

“Tu diaaaa”

“Bila kurniaan akal fikiran tidak digunakan dengan baik..”

“Hmmmm dia tak tahu agaknya yang kat kampung tu ada yang hantar anak 5-6 orang naik kapcai je sebab tak mampu beli kereta.. Tu pun kapcai dah usang.. Pastu pakcik-pakcik kat kampung pun pergi masjid naik kapcai.. Dia tak tahu.. Yelah sebab dia kat kayangan mana rasa hidup naik kapcai.” Komen warganet



“Alamat ramai la bilal dan imam naik ZX10R pergi masjid. Syukurrr.”

“Suruh dia turunkan harga superbike ke harga kapcai. Baru boleh haramkan. Haha.’

“Makin mengarut jee. Hilang otakknyaaa.”

“Masalahnya yang langgarnya kereta.. Apahal motor pula salah!”

“Ni mesti masa kecil-kecil mak bapa tak bagi naik moto ni.”

“Haramkan dulu pemandu mabuk bawa kenderaan.” Komen mereka



“Haramkan otak pakar ni ada di Malaya. Kalau tak ada perkara baik nak cakap, lebih baik diam. Bila bercakap, nampak tahap IQ tu dekat mana”

“Basic gaji kami 1500 ke 1200 je. OTAK PAKAR JATUH KAT LANTAI KE? Basic kecil nak suruh pakai motor besar ke? Gaji bayar motor bulan-bulan tak payah makan eh PAKAR.”

“Pakar pun tak cerdik.”

“Kurangkan harga Vespa.”

Sumber:https://murai.my/2021/131636/ach ... l-motosikal-kapcai/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2021 11:02 PM | Show all posts
statistik memang sebab kapcai ke?
memang kapcai tu tak selamat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 02:07 AM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 17-11-2021 11:02 PM
statistik memang sebab kapcai ke?
memang kapcai tu tak selamat ke?

Entah lahhhhh... I rasa Malaysia paling tak bijak buat duit....
Sebenarnya senang je nak buat duit dgn perangai rakyat Malaysia ni....
1.siapa yg seksi2 secara terbuka kat media social, saman.
2. Pondan, saman.
3.buang sampah kat dlm kawasan rumah flat, saman 1 building.
4.siapa sebarkan berita palsu, saman.
5.artis komen politik, saman.
Ni sibuk nak kacau motor la... Kereta la...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
timah03 replied at 18-11-2021 02:07 AM
Entah lahhhhh... I rasa Malaysia paling tak bijak buat duit....
Sebenarnya senang je nak buat duit ...

Bijak2.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 08:43 AM | Show all posts
dok bw motor kapcai la kehulu kehilir mencari rezeki...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2021 04:21 PM | Show all posts

"Kalau Kapcai Tu Boleh Trade-In Ducati Ok Je" - Ini Reaksi Achey Isu Haram Jual Kapcai

Tular mengenai isu pengharaman jualan motosikal jenis “kapcai” baru-baru ini, pelawak Achey Bocey berkongsi pandangannya mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan itu.




Kredit foto: IG Achey




Melihat pandangan yang dikeluarkan pakar perancang pengangkutan yang menyifatkan motosikal “kapcai” sebagai punca berlakunya banyak kematian, pelawak terkenal ini berkongsi pandangannya terhadap hal tersebut.


Menurut Achey, jika motosikal “kapcai” diharamkan begitu sahaja maka apa yang perlu pemilik motosikal sedia ada lakukan sedangkan ramai menggunakan motosikal seperti itu di Malaysia.








Selain itu, Achey juga berseloroh dengan mengatakan jika motosikal “kapcai” boleh di trade-in dengan motosikal yang lain seperti Ducati okey juga, kan?




Sumber: Murai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2021 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Urmm ok wak jowo teemor majapahit...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2021 09:16 AM | Show all posts
Achey Kongsi Pandangan Isu Pengharaman Jual Motosikal ‘Kapcai’
https://b.cari.com.my/forum.php? ... amp;highlight=Achey

dah ada kut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.056860 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list