CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1494|Reply: 0

[Selangor] ICU Hospital Sungai Buloh turut terima kes Covid-19 dari hospital lain

[Copy link]
Post time 18-11-2021 03:00 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan.



Shah Alam: Peningkatan kes Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh (HSB) disebabkan ia adalah hospital Covid-19 sepenuhnya.

Malah, HSB juga menjadi rujukan bagi semua hospital bukan sahaja di Selangor tetapi di Lembah Klang.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata, ICU hospital berkenaan juga menerima kes Covid-19 dari hospital lain supaya ICU berkenaan boleh diguna pakai untuk menampung lebih banyak keperluan kes bukan Covid-19.

"Sehingga 8 pagi hari ini, bilangan penggunaan katil ICU di HSB adalah sebanyak 54 katil (96 peratus penggunaan).



"Sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi situasi peningkatan kes Covid-19 yang memerlukan kemasukan ke HSB, Sistem Gas Oksigen di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) sudah ditambah baik bagi menampung kes Covid-19 disamping membantu mengurangkan beban hospital.

"Selain itu, HSB disokong juga oleh hospital lain di Lembah Klang sekiranya diperlukan untuk menampung keperluan kemasukan kes Covid-19 ke hospital atau ICU," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketika ini, hanya HSB menjadi hospital Covid-19 sepenuhnya manakala Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang; Hospital Selayang; Hospital Serdang serta Hospital Ampang adalah hospital hibrid.

Katanya, Hospital Shah Alam dan semua hospital daerah di Selangor adalah hospital bukan Covid-19 (kecuali Jabatan Kecemasan yang kekal status hibrid dan masih menerima kes Covid- 19).

"Bagi situasi penggunaan katil di Selangor, sehingga 8 pagi hari ini, jumlah katil bukan kritikal di hospital bagi pesakit Covid-19 adalah sebanyak 1,286 katil dengan kadar penggunaan sebanyak 92 peratus.

"Sementara, jumlah terkini katil ICU dan 'repurposed' ICU di Selangor (termasuk kes Covid-19 dan bukan Covid-19) adalah sebanyak 203 katil, dengan kadar penggunaannya sebanyak 80 peratus," katanya.

Dr Sha'ari berkata, ICU di hospital hibrid dan hospital bukan Covid-19 juga dimuatkan dengan pesakit bukan Covid-19.

Beliau berkata, jumlah pesakit ICU terkini bagi kes Covid-19 (disahkan dan disyaki Covid-19) adalah 86 kes iaitu 42 peratus daripada kapasiti ICU di negeri ini, manakala selebihnya bukan kes Covid-19.

Disiarkan pada: November 18, 2021 @ 1:57p


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.066438 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list