CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1112|Reply: 0

[Kedah] Kontraktor didakwa jual darjah kebesaran Kedah

[Copy link]
Post time 18-11-2021 02:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kerisnaga at 18-11-2021 02:57 PM

Kontraktor didakwa jual darjah kebesaran Kedah

M Hifzuddin Ikhsan
hifzuddin@bh.com.my


Gambar hiasan

Alor Setar: Kontraktor didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan menjual darjah kebesaran negeri yang tidak diiktiraf.



Tertuduh, Nik Hasyidat Nik Daut, 44, bagaimanapun tidak mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Sharifah Norazlita Syed Salim Idid.



Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa menerima suapan berjumlah RM1,000 melalui akaun bank miliknya yang dimasukkan penama, Ahmad Nazri Ibrahim, 57, sebagai dorongan mendapatkan pemberian anugerah tidak diiktiraf di sebuah bank di Jalan Tunku Ibrahim, di sini, pada jam 3.37 petang, 15 Jun 2020.



Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menerima suapan berjumlah RM5,000 melalui akaun bank miliknya yang dimasukkan penama sama sebagai dorongan mendapatkan pemberian anugerah tidak diiktiraf di bank sama di Jalan Tunku Ibrahim di sini, pada jam 1.39 tengah hari, 27 Julai 2020.



Berikutan itu dia didakwa mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Yang Berhubung Dengan Anugerah 2017 yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara maksimum 20 tahun.



Pendakwaan kes dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri, Khairul Azreem Mamat dan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nurul Suhaila Baharin manakala tertuduh diwakili peguam, Nazri Awang.



Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 bagi setiap pertuduhan berserta seorang penjamin dan perlu melapor diri di balai polis terdekat setiap bulan dengan sebutan semula kes ditetapkan pada 6 Disember depan.



Tertuduh kemudian membayar jaminan di kaunter Kompleks Mahkamah Alor Setar.



Dalam kenyataan pagi tadi, Ketua Polis negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat memaklumkan, pihaknya menahan 19 individu dipercayai terbabit kegiatan penjualan dan penggunaan darjah kebesaran negeri tidak diiktiraf dalam operasi bermula 7 November lalu, hingga semalam.



Katanya, semua suspek terdiri daripada lelaki dan wanita tempatan berusia antara 30 hingga 63 tahun dikesan menggunakan Darjah Kebesaran Setia Diraja Kedah (DSDK) sebelum mendapat kurniaan Sultan Kedah.



Siasatan ke atas mereka dibuat susulan aduan dibuat Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Kedah yang mengesan kegiatan itu pada 5 Oktober lalu.

Disiarkan pada: November 18, 2021 @ 12:50pm







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:33 PM GMT+8 , Processed in 0.083254 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list