CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1499|Reply: 0

[Melaka] Peniaga gembira, PRN beri limpahan rezeki

[Copy link]
Post time 18-11-2021 02:52 PM | Show all posts |Read mode

Peniaga makanan, Norshahira Rosli. FOTO ASYRAF HAMZAH



Masjid Tanah: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memberi limpahan rezeki terutama kepada peniaga kecil.

Bagi peniaga makanan, Norshahira Rosli, 25, gerainya di Taman Taming Sari di sini, kini dikunjungi ramai pengunjung dari luar Melaka.

Katanya, bukan saja pelancong malah anggota jentera parti politik yang bertanding dari seluruh negara juga memenuhi gerainya setiap hari sejak dua minggu lalu.

"Saya bersyukur dengan limpahan rezeki kerana gerai makanan suram sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.



"Selepas sempadan negeri dibuka dan pelancongan dibenarkan, alhamdulillah pelanggan semakin bertambah dan kini sepanjang kempen PRN Melaka gerai tidak putus dikunjungi petugas jentera parti bertanding," katanya ketika ditemui.

Mengenai harapan kepada wakil rakyat baharu kelak, Norshahira memohon kemudahan rangkaian Internet dapat ditambah baik, berbanding sebelum ini.

"Ini kerana, peniaga kecil begitu bergantung kepada liputan internet untuk mempromosikan produk masing-masing.

"Sepanjang PKP, saya perlu berniaga dalam talian kerana gerai tidak dapat dibuka sepenuhnya, selain tidak dibenarkan untuk 'dine in'.

"Jadi saya gunakan platform media sosial untuk berniaga dan liputan internet begitu penting untuk mempromosikan produk," katanya.

Disiarkan pada: November 18, 2021 @ 2:45pm


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.070336 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list