CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1113|Reply: 0

[Kedah] Remaja maut, dua parah motosikal bertembung

[Copy link]
Post time 18-11-2021 02:12 PM | Show all posts |Read mode
Remaja maut, dua parah motosikal bertembung

Oleh Safuri Kamarudin - November 18, 2021 @ 1:15pmbhnews@bh.com.my


Keadaan motosikal mangsa dalam nahas di Jalan Baru Kulim-Kupang-Grik berdekatan Kampung Carok Kangar, Kupang, malam tadi.



BALING: Seorang remaja maut manakala rakannya parah selepas motosikal ditunggang terbabit dalam kemalangan di Jalan Baru Kulim-Kupang-Grik berdekatan Kampung Carok Kangar, Kupang, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, Muhammad Daniels Abdullah, 17, dari Kampung Pokok Sena, Pulai dipercayai cuba memintas kereta sebelum bertembung dengan motosikal arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, berkata ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari Kulim menghala ke Gerik, Perak.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di badan dan kepala.

"Ketika kejadian mangsa didapati tidak memakai topi keledar dan tidak memiliki lesen memandu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Shamsudin berkata, pembonceng motosikal, Muhammad Firdaus Harun, 15, dari Kampung Masjid Tiak, Kupang, cedera parah.

Katanya, penunggang sebuah lagi motosikal, Mohammad Rizaimi Rusmaini, 12, dari Kampung Bendang Baru, Kupang dilaporkan parah.

Beliau berkata, Muhammad Haris Mohd Kaspi, 14, dari Kampung Pak Bong, Kupang yang membonceng cuma cedera ringan.

"Semua mangsa tidak memakai topi keledar, menyebabkan masing-masing mengalami kecederaan, terutama pada bahagian kepala," katanya.

Shamsudin berkata, jenazah mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.335118 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list