CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1184|Reply: 0

[Kedah] 19 individu ditahan terbabit jual dan guna darjah kebesaran Kedah tak diiktiraf

[Copy link]
Post time 18-11-2021 12:22 PM | Show all posts |Read mode
19 individu ditahan terbabit jual dan guna darjah kebesaran Kedah tak diiktiraf

Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my


AKSESORI yang dirampas polis berkait penjualan dan penggunaan Darjah Kebesaran Setia Diraja Kedah (DSDK) yang tidak diiktiraf. FOTO ihsan polis



Alor Setar: Polis menahan 19 individu dipercayai terbabit dengan kegiatan penjualan dan penggunaan darjah kebesaran negeri yang tidak diiktiraf dalam operasi bermula 7 November lalu hingga semalam.

Semua suspek menggunakan Darjah Kebesaran Setia Diraja Kedah (DSDK) sebelum mendapat kurniaan Sultan Kedah.

Ketua Polis negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima aduan pada 5 Oktober lalu yang dibuat Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Kedah yang mengesan kegiatan terbabit.

Menurutnya, bertindak atas laporan, pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah melakukan operasi menahan semua individu berdasarkan maklumat yang diperolehi.

"Kesemua 19 individu itu terdiri daripada lelaki dan wanita tempatan berusia antara 30 hingga 63 tahun yang mempunyai pelbagai latar belakang berbeza.

"Tangkapan dilakukan secara berasingan di beberapa lokasi sekitar negeri ini dan beberapa negeri lain di semenanjung," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarul Zaman berkata, tangkapan membawa kepada rampasan beberapa barangan termasuk aksesori dan dokumen serta peralatan berkaitan yang digunakan oleh sindiket untuk menjalankan aktiviti ini.

Beliau berkata, turut dirampas kad keahlian Jemaah Dato Negeri Kedah palsu, jata negeri dan beberapa barangan berkaitan Darjah Kebesaran berkenaan.

"Hasil siasatan mendapati sindiket ini aktif sejak 2015 dan menggunakan modus operandi mendekati individu dikenal pasti sebagai golongan elit dan ahli perniagaan serta menawarkan gelaran darjah kebesaran Kedah sebelum meminta sejumlah bayaran antara RM25,000 hingga RM103,000.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Kesalahan Yang Berhubung dengan Anugerah 2017 (Akta 787) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)," katanya.

Disiarkan pada: November 18, 2021 @ 12:02pm







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.143293 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list