CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1294|Reply: 0

[Johor] Pelajar perempuan cedera selepas terjun bangunan sekolah

[Copy link]
Post time 18-11-2021 12:09 PM | Show all posts |Read mode
Pelajar perempuan cedera selepas terjun bangunan sekolah

]Nurul Amanina Suhaini
am@hmetro.com.my



Kulai: Pelajar perempuan berusia 17 tahun nyaris maut selepas dipercayai terjun dari tingkat empat bangunan sekolah, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai menerima panggilan daripada guru lelaki memaklumkan insiden itu jam 1.26 tengah hari.

Katanya, susulan itu, pegawai bersama anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai ke lokasi kejadian.

"Kejadian berlaku selepas pelajar Tingkatan Lima itu selesai ujian peperiksaan. Dia pergi ke koridor bangunan sekolah tingkat empat sebelum bertindak terjun dari bangunan itu.

"Ketinggian bangunan dianggarkan kira-kira 40 meter.

"Pihak sekolah menghubungi ambulans dan pelajar berkenaan dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai, bagi mendapatkan rawatan lanjut dan dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beng Yeow berkata, pelajar perempuan itu mengalami pendarahan di kepala dan muka.

"Kedua-dua tangannya turut patah, selain mengalami kecederaan dalaman.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya.

Disiarkan pada: November 18, 2021 @ 10:18am







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.060108 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list