CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1341|Reply: 0

11 juta penduduk Thailand belum divaksin

[Copy link]
Post time 18-11-2021 08:48 AM | Show all posts |Read mode
  

GAMBAR HIASAN



Bangkok: Seramai 11 juta penduduk Thailand yang belum menerima suntikan vaksin Covid-19 mungkin berdepan sekatan pergerakan dalam usaha negara ini untuk membendung penularan jangkitan.

Justeru, Pengarah Risk Communication and Health Behavior Development, Jabatan Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Awam, Dr Sumani Watcharasin menggesa agensi berkaitan dan pihak berkuasa tempatan untuk mempercepat serta memperhebat lagi usaha vaksinasi.

"Sehingga kini sejumlah 86.07 juta dos vaksin sudah digunakan sejak program vaksinasi dilancarkan pada 28 Februari.

"Setakat semalam, sebanyak 37.5 juta atau 52.1 peratus penduduk sudah lengkap vaksinasi," katanya pada taklimat harian Covid-19 hari ini.

Beliau berkata, Thailand menyasarkan untuk menyuntik 70 peratus penduduknya dengan sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 menjelang akhir bulan ini.



Sementara itu, Kementerian Kesihatan Awam berkata, mereka yang tidak divaksin mungkin akan berdepan beberapa sekatan untuk mengehadkan kontak.

Setiausaha Tetap Kesihatan Awam Dr Kiatiphum Wongrajit berkata, kementerian mungkin mengenakan syarat orang ramai perlu menunjukkan bukti vaksinasi sebelum dibenarkan memasuki tempat awam.

Dalam tempoh 24 jam lalu, Thailand merekodkan 6,524 kes baharu COVID-19 dan 56 kematian menjadikan jumlah jangkitan kepada 2,037,224 dan 20,199 kematian.

Disiarkan pada: November 18, 2021 @ 8:22am


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:16 AM GMT+8 , Processed in 0.097578 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list