CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1317|Reply: 0

Ketulan emas sebesar kepala bayi dijual RM4.16 juta

[Copy link]
Post time 18-11-2021 06:22 AM | Show all posts |Read mode

KETULAN emas berkenaan. FOTO Agensi



Anchorage: Selepas 23 tahun ditemui, sebutir ketulan emas jarang ditemui sebesar kepala bayi dijual pada harga AS$1 juta (kira-kira RM4.16 juta).

Metro.co.uk melaporkan, ketulan yang beratnya sembilan kilogram (kg) itu ditemukan oleh pelombong emas Barry Clay di Swift Creek di Alaska pada 1998.

Dia menemui saki-baki logam berharga dari Klondike Gold Rush pada 1896 itu, ketika menolak tanah dengan jentolaknya di sepanjang pantai Swift Creek Mine.

Ia direkodkan sebagai ketulan emas terbesar ditemui di Alaska dan hanya lebih kecil daripada ketulan Boot of Cortez seberat 24 paun (kira-kira 10.8kg)yang ditemukan di Mexico.

Penjual itu yang memperoleh ketulan daripada Clay lebih 20 tahun lalu, kini menjualnya dalam Lelongan Warisan di Dallas bersama-sama pelbagai barangan berharga lain.

Jurucakap lelongan berkata, ketulan emas itu adalah terbesar yang pernah ditemukan di Alaska.

Ia mencipta sejarah dan dijual kepada pengumpul persendirian di mana ia kekal dalam koleksinya sehingga sekarang.

Tetapi ketulan emas yang terkenal itu hanyalah sebahagian daripada barisan besar kristal berharga dan artifak di lelongan berkenaan.

Pengarah Alam dan Sains di Heritage Auctions, Craig Kissick dan Naib Presiden Eksekutif, Joe Maddalena, menunjukkan ketulan emas berkenaan di YouTube sebagai sebahagian daripada lelongan yang berlangsung pada 8 Disember.

Disiarkan pada: November 18, 2021 @ 6:15am


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.375777 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list