CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1450|Reply: 0

[Selangor] 9 daerah di Selangor berisiko dilanda banjir

[Copy link]
Post time 17-11-2021 07:46 PM | Show all posts |Read mode
  

GAMBAR hiasan





Shah Alam: Sebanyak 150 kawasan di sembilan daerah di Selangor berisiko dilanda banjir dan banjir kilat susulan taburan hujan yang tinggi bermula bulan ini hingga Mac 2022.

Ia membabitkan 23 kawasan di daerah Petaling; 26 di Klang; Sepang (17); Gombak (21); Hulu Langat (32); Kuala Selangor (18); Kuala Langat (7); Hulu Selangor (4) dan Sabak Bernam (2).

Unit Pengurusan Bencana, Bahagian Khidmat Pengurusan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dalam kenyataan memaklumkan, berdasarkan tinjauan jangka panjang taburan hujan di negeri ini, Jabatan Meteorologi Malaysia Negeri Selangor meramalkan purata hujan antara 140 milimeter (mm) sehingga 370 mm melanda negeri ini sehingga Mac.

"Taburan hujan bagi November adalah antara 250 mm hingga 370 mm; Disember (200 mm hingga 300 mm); Januari 2022 (150mm hingga 230mm); Februari (140 mm hingga 210 mm) dan Mac (200 mm hingga 300 mm).

"Ini akan menyebabkan risiko kejadian banjir dan banjir kilat di sembilan daerah di Selangor.

"Jadi kerajaan negeri menasihatkan penduduk di kawasan yang dikenal pasti berisiko mengalami banjir dan banjir kilat untuk mengambil langkah persediaan dan mematuhi arahan Pihak Berkuasa Keselamatan dari semasa ke semasa," katanya.

Menurut kenyataan itu, kerajaan negeri juga sudah mengarahkan semua Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, Pihak Berkuasa Keselamatan dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk melaksanakan tindakan persediaan awal bagi menghadapi kejadian banjir, banjir kilat, tanah runtuh dan ribut sepanjang tempoh Monsun Timur Laut.

Disiarkan pada: November 17, 2021 @ 5:30pm


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.053464 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list