CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1998|Reply: 1

Rossi bakal 'bapa mithali'

[Copy link]
Post time 17-11-2021 02:40 PM | Show all posts |Read mode
Rossi bakal 'bapa mithali'


ROSSI (kiri) ditemani Francesca pada malam anugerah MotoGP di Valencia. Foto Agensi

Kuala Lumpur: Teman wanita Valentino Rossi, Francesca Sofia Novello mempunyai harapan tersendiri selepas menyaksikan pelumba bergelar 'The Doctor' itu bersara daripada dunia perlumbaan MotoGP.

Francesca, yang sedang hamil ketika Rossi bertarung kali terakhir pada kejuaraan Grand Prix Valencia di Sepanyol hujung minggu lalu, berharap pelumba Itali itu mampu menjadi bapa yang mempunyai banyak masa untuk menjaga dan mengasuh anaknya nanti.

"Saya gembira kerana sekarang dia sudah tenang. Kini kisah seorang ayah dan seorang pemimpin baru saja bermula," kata wanita berusia 28 tahun itu sambil menangis.

Sejak mengumumkan kepada khalayak dia akan bersara hujung musim ini, Francesca mendedahkan Rossi keluh kesah tidak senang duduk di rumah. Teman lelakinya itu sering resah dan muram kerana memikirkan mengenai imej perlumbaan terakhir sebagai pelumba MotoGP.

"Kini dia (Rossi) tenang. Melihat dia kembali seperti itu membuatkan saya amat gembira," katanya.

Francesca, seorang peragawati fesyen, bukan saja menemani Rossi di litar perlumbaan. Dia yang dilahirkan di Arese, Itali pada 1993 itu turut berada di sisi The Doctor pada Malam Anugerah MotoGP di Valencia, hujung minggu lalu sekalipun kini berbadan dua.

Dia kelihatan cantik dengan gaun bercetak harimau. Mereka berjalan dengan penuh gembira di karpet merah. Pada Malam Anugerah MotoGP di Valencia, Rossi dinamakan sebagai legenda perlumbaan MotoGP.

Dorna memberikan pengiktirafan itu selepas The Doctor bersara dengan sembilan gelaran juara dunia bersama dua pengeluar motosikal berbeza.

Sementara itu, Rossi belum memikirkan bilakah dia akan berkahwin dengan Francesca selepas kekasihnya itu hamil anak pertama mereka.

"Apakah saya akan berkahwin? Saya tidak begitu peduli," kata Rossi dipetik laman web sukan permotoran, Corsedimoto. Percintaan Rossi dengan Francesca bermula pada 2017 atau apabila hubungannya dengan Linda Morselli berakhir.

Selepas empat tahun menjalinkan hubungan cinta, pelumba Petronas Yamaha itu mengumumkan berita gembira teman wanitanya hamil anak sulung mereka, seorang perempuan.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -bakal-bapa-mithali

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2022 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Lama betul aku rasa francesca ni preggy tak beranak2 .. .tapi dia rakin betoi exercise ..
Tetap slim .. perut je naik ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.084636 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list