CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1363|Reply: 0

[Johor] Nelayan banyak bantu Maritim di perairan Johor

[Copy link]
Post time 17-11-2021 02:14 PM | Show all posts |Read mode
Nelayan banyak bantu Maritim di perairan Johor
NOR AZURA MD AMIN | | 17 November 2021


Nurul Hizam ( tiga dari kiri) pada Program Khidmat Komuniti Redback ke-16 di Kampung Sungai Punggut Senggarang, Batu Pahat pada Rabu.

BATU PAHAT - Kerjasama nelayan bagi membantu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) untuk membanteras jenayah di kawasan perairan Johor terus menampakkan kesan positif.


Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, komuniti maritim terdiri daripada nelayan sering memberi kerjasama dan bantuan dalam melaporkan kegiatan jenayah seperti penyeludupan pendatang migran, dadah dan penyeludupan kontraban.


"Kerjasama baik ini menampakkan hasil apabila dilaporkan kes tangkapan dadah meningkat dari awal tahun. Komuniti nelayan sentiasa memberi maklumat kepada Maritim Malaysia mengenai apa jua kegiatan yang melanggar undang-undang boleh diambil tindakan dengan segera.


"Komuniti nelayan juga sentiasa memberi bantuan dengan melaporkan kes-kes kemalangan di laut seperti operasi mencari dan menyelamat," katanya dalam sidang akhbar Program Khidmat Komuniti Op Redback ke-16 di Kampung Sungai Punggur Senggarang di sini, pada Rabu.


Sementara itu, mengenai Operasi Redback ke-16 bersama ABF itu, Nurul Hizam berkata, operasi selama tujuh hari sehingga 21 November akan melibatkan sesi latihan dan perkongsian kepakaran bersama Australian Boarder Force (ABF).


Katanya, usaha berkenaan adalah kerjasama taktikal yang strategik dengan menumpukan kaedah komunikasi strategik di lokaliti tertentu.


Sementara itu, Kaunselor Australian Boarder Force (ABF), Superintendan John Fleming berkata, Malaysia dan Australia merekodkan kes-kes jenayah maritim seperti penyeludupan manusia, dadah dan penangkapan ikan haram.


"Selain menyalurkan maklumat, komuniti nelayan juga bertindak membantu pihak berkuasa melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di perairan negara," katanya.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... m-di-perairan-Johor
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:16 AM GMT+8 , Processed in 0.087433 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list