CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 371|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tragedi Hawk: Keluarga Mohd Fareez bersyukur anak terselamat

[Copy link]
Post time 17-11-2021 02:08 PM | Show all posts |Read mode
Tragedi Hawk: Keluarga Mohd Fareez bersyukur anak terselamat
| | 17 November 2021


Sebuah pesawat pejuang Hawk 108 milik TUDM terhempas di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterworth malam tadi. - Foto Bernama

SEBERANG JAYA - Keluarga juruterbang yang cedera dalam insiden pesawat Hawk MK108 terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, bersyukur beliau terselamat dalam nahas itu.


Bapa Mejar Mohd Fareez Omar, Mejar Omar Deros berkata, dia mendapat maklumat berhubung kejadian malam tadi.


Menurut Omar, selepas dimaklumkan, beliau bersama ahli keluarga dari Selangor bergegas ke Pulau Pinang dan tiba sekitar jam 8 pagi tadi.


"Alhamdulillah anak saya selamat.


"Saya dimaklumkan anak saya sudah sedar, namun dia masih dalam pengawasan doktor.


"Saya tidak pasti tahap kecederaannya, cuma dimaklumkan pihak hospital mungkin akan melakukan pembedahan.


"Setakat itu saja yang dapat saya diberitahu," katanya ringkas ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.


Beliau bagaimanapun berasa sedih apabila rakan anaknya terkorban dalam nahas malam tadi.



Dalam kejadian jam 10.07 malam Selasa, Mohd Fareez, 33, cedera manakala rakannya Kapten Mohamad Affendi Bustamy, 31, terkorban selepas pesawat pejuang yang dikendalikan mereka terhempas ketika melakukan latihan penerbangan malam. -Awani


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... kur-anak-terselamat
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

17-5-2022 04:25 PM GMT+8 , Processed in 4.094429 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list