CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1229|Reply: 0

Washington tarik balik peraturan pemakaian pelitup muka

[Copy link]
Post time 17-11-2021 09:50 AM | Show all posts |Read mode

BANGUNAN Capitol, Washington, DC. FOTO AFP



Washington: Penduduk Washington tidak lagi perlu memakai pelitup muka mulai minggu depan kecuali di tempat-tempat tertentu seperti pengangkutan awam dan sekolah.

Jurucakap pihak berkuasa berkata, ini kerana ke jangkitan Covid-19 di ibu negara Amerika Syarikat (AS) itu semakin berkurangan, lapor AFP.

"Bermula Isnin, 22 November, pihak berkuasa akan menarik balik peraturan pelitup muka dalam bangunan," umum Muriel Bowser di Twitter.

Perniagaan swasta boleh terus membuat peraturan mereka sendiri dan pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di kenderaan awam, perpustakaan, pusat penjagaan, penjara dan beberapa pejabat pihak berkuasa tempatan.

Washington menetapkan mandat pelitup muka pada akhir Julai lalu, untuk mereka yang lengkap divaksinasi atau tidak ketika lonjakan jangkitan yang dikaitkan dengan varian Delta.



Ia juga melaksanakan langkah yang agak ketat untuk membendung penularan Covid-19, berbanding tempat lain di AS.

Bagaimanapun, panduan baharu itu dilihat bertentangan dengan piawaian ditetapkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Badan itu masih menganggap Washington sebagai kawasan penularan komuniti Covid-19 yang tinggi dan mencadangkan agar semua orang memakai pelitup muka di tempat awam dan tertutup.

Disiarkan pada: November 17, 2021 @ 9:35am


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.055581 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list