CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1486|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Macam-macam taktik mahu lepaskan diri

[Copy link]
Post time 17-11-2021 09:13 AM | Show all posts |Read mode


Anggota Jabatan Imigresen Malaysia menahan sebahagian pendatang asing pada Operasi Pati di Jalan Dewan Sultan Sulaiman 1. FOTO ASWADI ALIAS.




Kuala Lumpur: Beberapa pendatang asing tanpa izin (Pati), termasuk seorang wanita bersama bayi, cuba melarikan diri sebaik menyedari rumah kedai didiami mereka diserbu pihak berkuasa.

Bukan itu saja, terdapat juga Pati yang bersembunyi di atas siling selain ada yang enggan membuka pintu menyebabkan anggota terpaksa memotong mangga jeriji dan memecahkan pintu bilik.

Serbuan di bangunan rumah kedai Jalan Dewan Sultan Sulaiman di sini, dijalankan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur pada 12.10 tengah malam tadi.

Pengarah JIM Kuala Lumpur Syamsul Badrin Mohshin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kebanjiran warga asing di kawasan itu sebelum melakukan risikan dan serbuan.

     
Menurutnya, Operasi Penguatkuasaan Imigresen yang membabitkan kekuatan 51 pegawai dan anggota itu memeriksa seramai 150 warga asing.

"Hasil pemeriksaan, seramai 95 warga asing terdiri daripada Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Nepal dan Pakistan, berusia antara 19 hingga 65 tahun ditahan.

"Kesemua mereka didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan tamat tempoh," katanya dalam sidang media selepas mengetuai operasi berkenaan.

Syamsul berkata, kesemua tahanan iaitu 52 lelaki dan 43 wanita terbabit dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Selain itu, katanya, JIM juga sedang mengesan pemilik rumah kedai berkenaan bagi mengenal pasti sama ada mereka terbabit melindungi Pati dan tindakan lanjut akan diambil.

"Kebanyakan rumah di sini sudah diubah suai dengan memasang dinding papan untuk dijadikan bilik-bilik kecil. Setiap rumah mempunyai tiga hingga lima bilik yang disewakan antara RM200 hingga RM400 sebulan.

"Keadaan rumah yang sempit dan padat itu juga amat berbahaya kepada penghuni sekiranya berlaku kebakaran," katanya.

Justeru, beliau akan merujuk perkara itu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk tindakan susulan.

Disiarkan pada: November 17, 2021 @ 8:51am




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 08:58 AM GMT+8 , Processed in 0.338788 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list