CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1465|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] 53 PERATUS TERJEJAS

[Copy link]
Post time 17-11-2021 07:31 AM | Show all posts |Read mode
  

SEJUMLAH 72 peratus pekerja Malaysia mempertimbangkan untuk bekerja di luar negara.



Kuala Lumpur: Gangguan kewangan yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 sukar ditangani oleh ramai pekerja menyebabkan sebahagian besar pekerja yang menerima potongan gaji ketika ini berhasrat mencari kerja baharu.

Berdasarkan Laporan Pergerakan dan Pengekalan Pekerja oleh Employment Hero yang meninjau 1,004 pekerja Malaysia, ia mendapati tiga perempat atau 74 peratus responden yang berdepan pemotongan gaji pada masa ini menyatakan untuk mencari kerja baharu dalam tahun ini.

Ia mungkin tidak mengejutkan, memandangkan lebih ramai pekerja Malaysia (53 peratus) mengalami pemotongan gaji yang ketara ketika wabak berbanding negara jiran Singapura (32 peratus).

Kajian itu mendapati isu kehilangan bakat atau brain drain terbukti menjadi isu, dengan 72 peratus pekerja Malaysia mempertimbangkan untuk bekerja di luar negara.

Angka berkenaan lebih tinggi berbanding negara lain yang ditinjau seperti Singapura (55 peratus), Australia (42 peratus), New Zealand (48 peratus), United Kingdom (50 peratus) dengan antara sebab utamanya ialah gaji dan prospek kerja lebih baik.

Apabila ditanya mengenai perkara yang akan menggalakkan mereka untuk kekal dalam peranan mereka sekarang, 45 peratus responden berkata kenaikan gaji, 32 peratus mahukan lebih banyak ganjaran dan pengiktirafan, 28 peratus memilih kenaikan pangkat, 28 peratus mahukan pengenalan struktur bonus dan 24 peratus mahukan pilihan kerja yang fleksibel.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Employment Hero, Ben Thompson berkata, pandemik ini sudah memberi pelbagai sebab kepada bakat untuk mengubah hala tuju dalam kerjaya mereka atau meneroka ke luar negara seiring dengan dunia yang semakin terbuka.

"Petunjuk terbesar bahawa sesuatu perlu diubah ialah apabila 24 peratus warga Malaysia menyatakan mereka gemar pekerjaan mereka dan 45 peratus pula menyukainya, tetapi kebanyakan daripada mereka merancang untuk meninggalkan pekerjaan masing-masing.

"Ini adalah masalah bagi majikan tempatan dan seharusnya mendorong ramai majikan untuk menilai semula dasar, budaya kerja serta strategi pengekalan mereka," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Laporan itu juga mendapati bakat muda berumur 35 tahun ke bawah paling bersedia untuk berpindah dari tempat kerja semasa mereka.

"Dalam kalangan pekerja Gen Z berumur 18 hingga 24 tahun yang ditinjau, sebanyak 81 peratus merancang menukar jawatan pada tahun depan, begitu juga 68 peratus pekerja milenial berumur 25 hingga 34 tahun.

"Bakat muda ini juga paling aktif dalam pencarian kerja mereka dengan 58 peratus daripada Gen Z dan 63 peratus daripada milenial menyatakan bahawa mereka telah berunding dengan seorang perekrut dalam tempoh enam bulan yang lalu manakala 29 peratus daripada 18 hingga 24 tahun dan 22 peratus daripada 25 hingga 34 tahun memohon jawatan dalam tempoh tiga bulan lalu," katanya.

Daripada mereka yang ingin meninggalkan organisasi mereka, sebab utama kekurangan pembangunan kerjaya, diikuti dengan kekurangan penghargaan atau pengiktirafan dan kekurangan peluang latihan.

Antara sebab lain adalah ketiadaan kenaikan gaji, masalah pengurusan, berasa mereka bekerja terlalu kuat dan kekurangan fleksibiliti.

Disiarkan pada: November 17, 2021 @ 7:00am


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:43 PM GMT+8 , Processed in 0.059924 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list