CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 409|Reply: 2

[Pulau Pinang] Pesawat TUDM dikhuatiri terhempas

[Copy link]
Post time 17-11-2021 12:25 AM | Show all posts |Read mode
Pesawat TUDM dikhuatiri terhempas
SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI | | 16 November 2021


Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 10.07 malam, Selasa.


BUTTERWORTH - Sebuah pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikhuatiri terhempas dalam sesi latihan di Pangkalan Udara Butterworth TUDM di sini, malam Selasa.


Sumber berkata, kejadian melibatkan pesawat Hawk MK108 bersama dua juruterbang itu berlaku pada jam 10.07 malam di dalam pangkalan udara milik TUDM tersebut.



Sebuah pesawat TUDM dikhuatiri terhempas dalam sesi latihan di Pangkalan Udara Butterworth.


Bagaimanapun, keadaan dua juruterbang tersebut belum diketahui dan Sinar Harian masih menunggu pengesahan dari pihak TUDM.



sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2021 12:39 AM | Show all posts
Pesawat Hawk TUDM terhempas, seorang terbunuh[size=0.8]Oleh Nor Azizah Mokhtar - November 17, 2021 @ 12:17ambhnews@bh.com.my


SEBUAH pesawat Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang. - Foto BERNAMA




KUALA LUMPUR: Seorang terbunuh manakala seorang lagi cedera apabila sebuah pesawat Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di Pangkalan Udara Butterworth, malam tadi.

Bagaimanapun belum ada pengesahan mengenai identiti kru yang terbabit dalam kejadian jam 10.07 malam di landasan pangkalan udara berkenaan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dalam ciapan di Twitter memaklumkan beliau menerima berita kejadian itu daripada Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.

"Baru terima panggilan daripada Panglima @tudm_rasmi Jeneral Tan Sri Ackbal memaklumkan insiden pesawat Hawk 108 terhempas di Butterworth (malam) tadi.

"Seorang anggota kehilangan nyawa, seorang lagi cedera. TUDM telah diarahkan segera berikan laporan lebih terperinci dan siasat punca kejadian," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga anggota TUDM yang terkorban dalam kejadian itu.

"Takziah kepada keluarga anggota TUDM yang maut dan seorang lagi yang cedera. Amat sedih dan dukacita terima berita ini.

"Saya difahamkan anggota yang cedera telah dibawa untuk rawatan segera. @MINDEFMalaysia telah diarah untuk salur apa jua keperluan kepada keluarga kedua-dua anggota terlibat," katanya

Terdahulu, TUDM dalam satu kenyataan berkata pihaknya sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung insiden kemalangan ini.

"Semua pihak diminta agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau sebarang berita yang tidak sahih," katanya.

TUDM malam ini mengesahkan sebuah pesawat jenis Hawk miliknya terhempas di Pangkalan Udara Butterworth.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2021 03:55 AM | Show all posts
MALAIH NK KOMEN...

TAKZIAH...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-5-2022 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.095237 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list