CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
View: 413|Reply: 0

[Pulau Pinang] PTPTN sumbang akaun Simpan SSPN Prime kepada Asnaf

[Copy link]
Post time 17-11-2021 12:17 AM | Show all posts |Read mode
PTPTN sumbang akaun Simpan SSPN Prime kepada Asnaf

Oleh Nur Izzati Mohamad - November 16, 2021 @ 6:22pmbhnews@bh.com.my


Ahmad Dasuki (dua dari kiri) menyerahkan replika cek sumbangan akaun Simpan SSPN Prime kepada Abdul Rashid pada Majlis Penyampaian Sumbangan Akaun Simpan SSPN Prime kepada Asnaf di Pulau Pinang, semalam. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang, Amran Hazali (dua dari kanan); Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Mastura Mohd Khalid dan Pengurus Besar PTPTN Negeri Pulau Pinang Muhammad Muhsin Abdul Rahman (kanan). - NSTP/Danial Saad




BUTTERWORTH: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ) prihatin membantu golongan asnaf di negara ini dalam aspek pendidikan dengan menyerahkan wakalah zakat berjumlah RM286,600 kepada golongan asnaf.

Sumbangan itu membabitkan 2,866 asnaf di Pulau Pinang terdiri daripada kanak-kanak tabika, murid Tahun 1, dan pelajar Maahad Tahfiz dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime.

Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) antara penerima tertinggi apabila seramai 1,500 murid Tahun Satu terpilih menerima sumbangan berkenaan, diikuti 500 kanak-kanak Tabika KEMAS serta 500 kanak-kanak Tabika Perpaduan.

Dalam pada itu, seramai 366 pelajar dari 11 maahad tahfiz yang layak turut terpilih untuk menerima sumbangan akaun terbabit.

Ahmad Dasuki (dua dari kiri) menyerahkan replika cek sumbangan akaun Simpan SSPN Prime kepada Pegawai Perpaduan Daerah Timur Laut, Osman Saad. - NSTP/Danal Saad

Setiap penerima akan menerima RM100 dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid, berkata agensi itu menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak sebagai usaha membudayakan amalan menabung dalam kalangan masyarakat seawal usia satu hari.

Beliau berkata, ia selaras dengan Teras Pertama Pelan Strategik PTPTN 2021-2025, iaitu menjadikan Simpan SSPN sebagai produk simpanan pendidikan utama di negara ini.

"Bagi memperkenalkan produk simpanan di bawah agensi ini, PTPTN mengadakan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak termasuk program pemberian akaun Simpan SSPN Prime yang dahulunya dikenali SSPN-i bagi memupuk budaya menabung.

"Ini juga sebagai langkah PTPTN mengubah persepsi masyarakat terhadap fungsi agensi ini yang sering dilabel sebagai institusi pemberi pinjaman kepada agensi tabung pendidikan negara yang utama.

"Apa dilakukan PTPTN adalah dalam memastikan anak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi tanpa beban kewangan apabila mereka dapat menggunakan wang simpanan tanpa perlu membuat pinjaman pendidikan," katanya ketika berucap pada Majlis Sumbangan Akaun Simpan SSPN Prime kepada Asnaf di Pulau Pinang di sini, semalam.

Ahmad Dasuki (dua dari kiri) menyerahkan replika cek sumbangan akaun Simpan SSPN Prime kepada Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Pulau Pinang, Mohamad Zaki Ismail. - NSTP/Danial Saad

Jelasnya, PTPTN telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk menggalakkan penabungan dalam kalangan masyarakat melalui produk simpanan PTPTN, iaitu Simpan SSPN.

"Antara produk di bawah Simpan SSPN adalah Simpan SSPN Prime yang memberikan pelbagai keistimewaan dan manfaat. Simpan SSPN Prime memberikan 'Geran Sepadan' secara percuma sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak," katanya.

Ahmad Dasuki berkata, PTPTN tahun ini menyasarkan jumlah deposit Simpan SSPN RM1.8 bilion dengan 400,000 pembukaan akaun baharu.

"Rekod sehingga September lalu menunjukkan pencapaian 315,984 akaun baharu Simpan SSPN dengan deposit diterima berjumlah RM1.78 bilion.

"Ia jelas menunjukkan bahawa Simpan SSPN sentiasa menjadi pilihan masyarakat untuk menjamin masa depan pendidikan yang lebih terjamin," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdul Samad, berkata pihaknya mengalu-alukan agensi seperti PTPTN bagi menggalakkan ibu bapa membuat simpanan untuk masa depan anak mereka dengan menabung melalui Simpan SSPN Prime.

"Melalui manfaat dan faedah yang diterangkan ia adalah produk simpanan yang cukup baik dan diharapkan PTPTN dapat menyebarkan perkara ini dengan membuat pelbagai promosi secara agresif bagi meningkatkan kesedaran masyarakat.

"Kita juga akan berusaha untuk memberi galakan kepada ibu bapa serta murid dan pelajar akan kebaikan menabung sekali gus meningkatkan peratusan tabungan dalam kalangan rakyat di negara ini," katanya.

Ahmad Dasuki (dua dari kiri) menyerahkan replika cek sumbangan akaun Simpan SSPN Prime kepada wakil Pusat Tahfiz Al Irshad. - NSTP/Danal Saad








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 



Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

18-5-2022 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.087730 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list