CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1504|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pembukaan MRT laluan Putrajaya ditangguhkan

[Copy link]
Post time 16-11-2021 05:13 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Zarif ketika sidang media mengenai Projek terkini MRT laluan Putrajaya di Stesen MRT Pusat Bandar Damansara hari ini. FOTO BERNAMA


Kuala Lumpur: Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu tidak dapat dibuka untuk perkhidmatan berbayar pada November ini seperti yang dijadualkan berikutan ujian yang belum lengkap.

Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Datuk Mohd Zarif Hashim berkata laluan itu dijangka bersedia untuk perkhidmatan berbayar pada suku kedua 2022.

Tren MRT sudah mencatatkan lebih 3,000 jam operasi percubaan dan mengumpul banyak data.

"Selepas meneliti sendiri data tersebut, kami mendapati bahawa antara beratus-ratus modul sistem yang telah dilaksanakan, dua modul perlu diperhalusi dengan lebih lanjut.

"Kami perlu memastikan semua lapisan sistem primer, sekunder dan ketiga adalah stabil sebelum kami dapat mengambil alih aset ini dan meluluskannya untuk operasi," katanya pada sidang media di sini.



Operasi percubaan untuk MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu telah berjalan sejak 29 April lalu.

Sejumlah 16 tren sudah diuji beroperasi antara Stesen MRT Kwasa Damansara dan Stesen MRT Kampung Batu dalam keadaan perkhidmatan penuh tetapi tanpa penumpang dalam simulasi operasi sebenar.

Mohd Zarif berkata syarikat telah menjalankan banyak operasi percubaan, termasuk pemeriksaan terperinci akhir.

Penambahbaikan subsistem adalah perlu untuk menyelesaikan isu data tertiari, katanya, sambil menambah ini untuk memastikan perkhidmatan tersebut boleh beroperasi dalam keadaan yang baik.

"Oleh itu, kami tiada pilihan lain kecuali menangguhkan pembukaan MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu.

"Justeru, MRT Corp tidak dapat mengambil alih aset MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu daripada kontraktor serah kunci yang dilantik," katanya.

Mengenai perkembangan terkini projek Laluan Lingkaran MRT3, katanya ia masih dalam peringkat perbincangan.

"Kami sedang memuktamadkan pelan pembiayaan dengan kerajaan. Beri kami lebih masa untuk memuktamadkan pelan pembiayaan tersebut dan kami berharap dapat memaklumkan kepada anda semula pada awal tahun depan," katanya.

Beliau menjangka tender untuk projek tersebut akan dibuka pada suku ketiga 2022.

Disiarkan pada: November 16, 2021 @ 4:56pm


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 09:11 AM GMT+8 , Processed in 0.057339 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list